Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, 9 September 2013

Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun


Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini: 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; danjadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)

Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Syaratnya dia mulai daripada sejak dia baligh lagi. Kebanyakkan ulama’ bersungguh-sungguh dalam beribadah mengurangi tidurnya, ketika mencecah usia ini.


Dalam ayat ini juga Allah berpesan supaya;

1. Berbakti kepada kedua ibu-bapa (ada ayat lain dalam surah al-Isra’ dan Luqman) kerana jika dia sudah 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60 tahun, umur yang memerlukan banyak bantuan.
2. Mensyukuri nikmat iaitu dengan beramal soleh yang diredhaiNya (menjadikan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk beramal soleh)
3. Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah tidak ada dosa, sudah capai puncak keIslaman dan berjaya mendidik putera dan puterinya.

Biasa kita dengar pendapat Helen Rowland “Life Began at Forty?”. Semua ni tidak benar sepatutnya inilah masa penanda aras menentukan sama ada kita ke syurga atau neraka. Barat memperdayakan dengan fakta umur.Lihatlah bagaimana mereka cuba meresapkan ideology untuk memperdayakan Islam. Kita pulak tersenyum dan bangga bila menerimanya. Kononnya kita mengikut arus kemodenan ideology. Tapi lebih nyata kalau kita terima istilah orang tua- tua dulu menyatakan “Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari “

“Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal kejadiannya, dan kewajibannya dan tidak mahu bertaubat, maka Syaitan akan mengusap dahinya dan gembira dia kerana orang ini tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat”.


“Seseorang hamba yang muslim itu, apabila sampai 40 tahun Allah ringankan hisabnya, apabila sampai 60 tahun Allah anugerahkan kepadanya rezeki suka kembali kepadaNya (banyak bertaubat), apabila sampai 70 tahun Allah jadikan dia dikasihi oleh ahli langit, apabila sampai 80 tahun Allah teguhkan hasanahnya dan Allah hapuskan sayyi’ahnya (kejahatannya), dan apabila sampai 90 tahun Allah ampunkan apa yang terdahulu dan yang terkemudian daripada dosa-dosanya, Allah izinkan dia memberi syafa’at kepada ahli rumahnya dan dituliskan namanya di langit sebagai tawanan Allah yang berada di bumi”.Riwayatal-Hafidzal-Musili

Al-Alusi, pengarang kitab tafsir Ruh al-Ma’ani berkata, telah disebut oleh bukan seorang bahawa manusia itu apabila telah mencapai umur ini, akhlaknya telah begitu kuat bertapak pada dirinya, hampir-hampir tidak akan dapat dihilangkan lagi selepas itu. Beliau membawakan sepotong hadis tanpa menyebut perawinya. Hadis itu bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mengheretkan tangannya di atas muka orang yang mencapai umur 40 tahun dan tidak bertaubat sambil berkata, “demi bapaku, wajah yang tidak akan berjaya.”

Selain itu beliau membawakan satu Hadis yang dikeluarkan oleh Abu al-Fath al-Azadi daripada Ibn Abbas r.a. bermaksud: “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”

Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi adalah seorang laki-laki yang shalih, cerdas, sabar, murah hati, berwibawa dan terhormat. Ia berkata, "manusia yang paling sempurna akal dan pikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana pada usia tersebut Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur." (Lihat: al-Wafyat A'yan, Ibnu Khalkan: 2/245)

Keistimewaan Umur 40 Tahun

Sebahagian orang menyebut, umur empat puluh tahun penuh teka-teki dan penuh misteri. Sehingga terbit sebuah buku berjudul, "Misteri Umur 40 tahun" yang diterbitkan pustaka al-tibyan – Solo, diterjemahkan dari buku berbahasa Arab, Ya Ibna al-Arba'in, oleh Ali bin Sa'id bin Da'jam.

Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun berarti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga secara umum, tidak akan berubah keadaan seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun.


Al-Tsa'labi rahimahullah berkata, "Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun karena ini sebagai batasan bagi manusia dalam keberhasilan maupun keselamatannya."

Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277)


Allah Ta'ala telah mengangkat para nabi dan Rasul-Nya, kebanyakan, pada usia 40 tahun, seperti kenabian dan kerasulan Muhammad, Nabi Musa, dan lainnya 'alaihim al-Shalatu wa al-Sallam. Meskipun ada pengecualian sebagian dari mereka.

Imam al-Syaukani rahimahullah berkata, "Para ahli tafsir berkata bahwa Allah Ta'ala tidak mengutus seorang Nabi kecuali jika telah mencapai umur 40 tahun." (Tafsir Fathul Qadir: 5/18)

Dengan demikian, usia 40 tahun memiliki kekhususan tersendiri. Pada umumnya, usia 40 tahun adalah usia yang tidak dianggap biasa, tetapi memiliki nilai lebih dan khusus.

Memperbaharui Taubat

Usia 40 tahun haruslah menjadi titik tolak dan perbaharuan taubat penyesalan seseorang atas dosa-dosa dan kufur nikmat selama hidupnya. Karena pada usia ini benar-benar telah merasakan banyaknya nikmat dan tidak sebandingnya rasa syukur terhadapnya. Maka pengakuan dosa pasti akan mengalir dari orang yang mau merenungkan masa lampaunya, sehingga dari itu lahir penyesalan, tumbuh istighfar dan taubat kepada Allah.

" Wahai Allah , Tuhan kami , tunjukilah kami untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami dan kepada ibu bapak kami dan karuniakan kami untuk dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai .. berilah kebaikan kepada kami dan anak cucu kami .. Sesungguhnya kami bertobat kepada MU dan sesungguhnya kami termasuk orang-orang yang berserah diri."

" Wahai Allah, Tuhan kami , bantulah kami untuk berdzikir, bersyuku dan memperbaiki ibadah-ibadah kami kepada-Mu."

Marilah kita bersama-sama berdoa agar sisa-sisa umur kita ini dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat, dalam redha Allah. Kita Cuma harapkan rahmat dan keampunan Allah Ta’ala.

Rasulullah saw bersabda, “Tak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya, dihabiskan untuk apa; tentang masa mudanya, dipergunakan untuk apa; tentang hartanya, dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apakah sudah diamalkan”.(HRTirmidzi).

Usia lanjut juga merupakan sebuah keistimewaan. Dalam sebuah hadits qudsi Rasulullah saw menyampaikan firman Allah SWT, “Demi kemuliaan-Ku, keagungan-Ku, dan keperluan hamba-Ku kepada-Ku, sesungguhnya Aku merasa malu menyiksa hamba-Ku, baik laki-laki mahupun perempuan, yang telah beruban kerana tua dalam keadaan muslim“. Dalam hadits lain beliau bersabda, “Sebaik-baik di antara kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya”. (HR At-Tirmidzi).

Sekian, mudah-mudahanan memberi manfaat

Wednesday, 16 January 2013

✿ Al-Fatihah



Surah Al-fatihah sering kali dibaca didalam solat wajib mahu pun solat sunat, malah ianya wajib di baca setiap kali mendirikan solat,di samping itu tahukah sahabat sekalian bahawa di sebalik surah Al-Fatihah itu ada harapan yang kita inginkan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai Tuhanku siapakah yang Engkau kasih dan siapa yang kau sayang ?

Segala pujian hanya bagi Allah Rabb sekalian alam

Kami memuji-Mu dengan semua nama milik-Mu, sebanyak kalimat dalam kitab-kitab-Mu, sebanyak makhluk yang Engkau ciptakan, sebanyak apa yang ada dilangit dan di bumi dan diantara keduanya, seberat timbangan Arasy-Mu, wahai Tuhan Yang Agung,Yang Maha Berkuasa,Yang Maha Mulia,terimalah pujian pujian kami, wahai Tuhan hidup kami,wahai Tuhan matinya kami,wahai Tuhan dunia dan akhirat.Tuhan yang Kekal Abadi.

Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kasihi kami dengan pengampunan akan segala dosa yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang terang lagi nyata. Ampuni segala dosa yang dilakukan siang dan malam, sesungguhnya kami mengaku akan segala dosa dosa dan Engkaulah yang lebih tahu akan semua dosa kesalahan kami.Wahai yang Maha Penyayang sayangilah kami dengan taufik dan hidayat-Mu, sesungguhnya kami lemah lagi hina di hadapan-Mu,sempurnakan segala urusan dunia dan akhirat kami, segala urusan hidup dan mati kami, sempurnakanlah rezeki dan syukur kami, sempurnakan kami dengan reda-Mu,kembalikan kami kepada-Mu dalam keadaan kami meredai Engakau Tuhanku dan Engkau meredai kami hamba-Mu.

Yang memiliki Hari Pembalasan

Wahai Yang Maha Adil, kami reda Engkau Tuhanku, Islam agama kami, Muhammad Nabi ikutan kami, bangkitkan kami dengan pengakuan ini seikhlasnya. Bangkitkan kami pada hari itu dengan reda-Mu bersama kami, bangkitkan kami dengan para kekasih-Mu sebelum dan selepas kami, bangkitkan kami dalam keadaan sempurna sepertimana kejadian kami di dunia, lindungilah kami dengan limpah rahmat-Mu, saat tiada lagi perlindungan selain Perlindungan-Mu. Bangkitkan kami dengan Kemuliaan-Mu, beratkan amal kebajikan timbangan Al-Mizan untuk kami. Berikanlah buku amalan dengan tangan kanan dari arah depan kami. Ya Allah, masukkan kami dalam taman-taman syurga dengan limpah kasih dan sayang-Mu.

Kepada Engkau kami berserah dan kepada Engkau kami pohon pertolongan

Kepada Engkau kami berserah mengharap pengampunan, rahmat dan pertolongan-Mu, tiada yang berlaku tanpa izin-Mu. Tetapkan dalam urusan takdir itu segala yang terbaik dari sisi-Mu,kuatkan kami menerimanya. Tabah menghadapinya. Bantulah hamba yang lemah lagi hina ini wahai Qudrat yang Maha Membantu di dunia malah di akhirat. Putuskan kami dalam golongan yang taat kepada-Mu. Dengarlah pinta kami wahai Yang Maha Mendengar, kabulkan rayuan kami wahai Pengkabul Doa.

Tunjukan kami jalan yang Lurus

Bantulah kami, tunjukan kami kebenaran akan kebenarannya, berikan kami keteguhan mengikutinya, tunjukan kami kebatilan akan kebatilanya dan berikan kami kekuatan mencegah dan melawan nafsu kami yang mudah tertarik padanya. Ya Allah, Engkau Benar, Islam agama benar, Para Nabi itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, bertemu dengan-Mu itu benar, lindungi kami dengan kebenaran jauhkan kami dengan kemungkaran. Masukkan kebenaran zikir di lidah kami. Masukkan kebenaran Al Quran dalam kalbu kami, masukkan kebenaran as-sunnah dalam hidup dan amalan kami. Kasihi kami dengan kebenaran-Mu , berhukum dengan hukum-Mu, mengikut kebenaran-Mu. Ya Allah tetapkan kaki kami di titian sirat. Bantu kami melintasi dengan aman. Benarkan kami melintasi dengan sepantas kilat. Benarkan kami berada bersama dengan mereka yang Engkau iktiraf kebenaran mereka. Wahai Yang Maha Benar.

Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat

Jalan para Nabi, jalan para siddiqin, jalan para syuhada dan jalan para solehin. Kurniakan kami kefahaman agama yang Engkau beri kepada para Nabi, kurniakan kami kebenaran para siddiqin dalam kehidupan kami, kurniakan kami keberanian para syuhada mencintai mati menegakan agama-Mu di muka bumi, kurniakan kami kekuatan beribadat dan ilmu para solehin, limpahkan nikmat mu keatas kami.

Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat 

Lindungilah kami dari segala macam tipu daya mereka, lindungilah kami dari kemurkaan-Mu, lindungilah kami dari kesesatan.Teguhkan pendirian kami dari mengikuti ajakan pujuk rayu mereka. Kuatkan iman kami dengan setiap tentangan mereka.Tundukan nafsu kami dengan setiap pujuk rayu mereka .Ya Rabbal Alamin selamatkan kami dari godaan mereka, godaan dan pujuk rayu syaitan dan seterunya.

Amin
Perkenanlah wahai Tuhan yang memperkenankan permintaan hamba-Nya apabila dia berdoa. Sesungguhnya hamba yang hina ini meminta minta pada-Mu seperti mana si fakir papa kedana meminta kepada Engkau yang Maha Kaya dan tidaklah berkurangan khazanah milik-Mu. Wahai Tuhan ku perkenankanlah permintaan hamba-Mu ini.

Monday, 7 January 2013

✿ Bacaan Zikir



Subhanallah (سبحان الله)

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:
"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,"
(al-Mu'minuun: 91)

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)."
(al-Qasas: 68)

Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.


 Alhamdulillah (الحمد لله)

Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu: segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah,kerana dialah yang telah menetapkan segala-galanya.

Seharusnya apabila kita dipuji, sebaik-baiknya kita panjangkan terus pujian itu pada Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kerana Dialah yang sebenarnya layak untuk pujian itu, dan dengan berbuat demikian boleh mengelakkan kita daripada takabbur dan bangga diri.

Dan tidak salah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesama manusia, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah"
(Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan Turmuzhi)


Namun, harus diingat, bahawa ucapan syukur dan pujian sesama manusia adalah bersifat majaz (kiasan) semata-mata, kerana hakikatnya, Allah lah yang menjadikan segala-galanya. Justeru setiap kali kita memuji atau dipuji, haruslah kita ingat bahawasanya yang sebenar-benar layak bagi segala pujian adalah Allah, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kesyirikan dan takabbur.


 Allahuakbar (الله أكبر)

Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, justeru akbar bermaksud yang maha besar, yakni yang paling besar. Justeru kalimah Allahuakbar bermaksud, bahawasanya Allah lah yang  paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

Berapa kali sudah kita menyebutnya, terutamanya dalam sembahyang. Siang dan malam. Bayangkanlah jika kalimah ini dihayati, sudah tentu di luar sembahyang pun, Allah jualah yang menjadi matlamat hidup dan prioriti utama dalam segala hal.

Mudah-mudahan selepas kita memahami dan memikirkan maksud kalimah-kalimah zikir ini, dapatlah kita menghayati zikrullah dan seterusnya memberi kesan kepada hati dan menambahkan keimanan. Wallahu 'Alam.

Saturday, 15 December 2012

✿ Tutup AURAT


Oleh Dr Harlina Halizah Siraj 

DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini.

Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pert ama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal, apabila auratnya terdedah.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia TIDAK mengenakan pakai an menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap INDIVIDU.

Begitu juga kaum lelaki, lazimnya mereka tidak mengenakan pakaiannya yang menutup aurat kerana niat semata-mata perlu menjaga iman kaum wanita. Maka wanita Islam juga tidak melilit tudungnya dengan memasang niat di dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua ini bukan kerana orang lelaki.

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Say a pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Tuesday, 20 December 2011

✿ Tamakninah - Rukun solat yang sering diabaikan

Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikita tamakninah.

Rukun yang WAJIB disertakan tamakninah

Disenaraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah;

1. Rukuk:
Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. Iktidal (bangun daripada sujud)
Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

3. Sujud
Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh(dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.

4. Duduk antara dua sujud
Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang sering diabaikan tamakninah

1. Iktidal
Terdapat sesetengah orang, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud
Waktu sujud kedua-dua kakinya tergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah.

3. Bangun daripada sujud
Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya TIDAK ADA TAMAKNINAH tetapi diSUNATkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.

Sumber: Solusi 22 ms.9

Thursday, 15 December 2011

✿ Renungi Kehidupan Ingati Kematian

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di mana bila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 :
"Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."
Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, saudara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluaga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan di akhirat.

Para alim ulama pernah berkata, kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah SWT, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah SWT, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga. Persoalannya, mengapa Islam menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati mati?.

Pertama, di antara sebab kenapa Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati ialah, kerana manusia yang sentiasa mengingati mati akan dapat mendidik jiwanya menjadi randah diri, tidak resah gelisah, tidak lupa diri dan sombong bahkan bersedia untuk menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Kedua, mengingati mati adalah suatu kejadian yang pasti akan dialami oleh setiap manusia dan mati juga suatu perkara yang tidak dapat dihindarkan walau dengan apa cara sekalipun dan ianya pasti berlaku ke atas setiap diri manusia. Namun begitu, mengingati mati itu, bukanlah bermaksud memaksa diri untuk segera mati atau sengaja mendedahkan diri kepada kematian.

Ketiga, mengingati mati menjadikan diri seseorang itu lebih bersedia dan merancang kehidupan sebelum mati dan dapat mengingatkan dirinya untuk berhadapan dengan mati, dengan itu dia terdorong untuk meningkatkan ketakwaan dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan untuk bertemu dengan Allah SWT.

Sebaliknya, bagi orang yang melupakan tentang kematian merupakan kesuatu perbuatan yang tidak dapat diterima akal dan termasuk di kalangan orang yang tidak bijak merancang masa depan, kerana sesungguhnya dengan mengingati kematian itu memberi kesedaran dan peringatan tentang kehidupan di dunia yang dilaluinya dan kehidupan di akhirat yang bakal ditempohi.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud :

"Apabila seseorang dimasukkan nur (cahaya keimanan) maka hatinya akan menjadi lapang dan terbuka. Lalu sahabat bertanya : Apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka itu?. Jawab Rasulullah SAW : Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat dan timbulnya peringatan tentang tipu daya ini dan orang bersiap sedia mengahadapi mati sebelum datangnya ajal".
Apabila seseorang telah disemadikan jasadnya di dalam kubur, pastinya ia keseorangan, tiada lagi kawan-kawan, tiada lagi ahli keluarga, tiada lagi tempat untuk mengadu dan memohan pertolongan. Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat.

Oleh itu, sebelum jasad diusung ke tanah perkuburan dan disemadikan disana, marilah kita memperkasakan diri dengan keimanan yang mantap dan ketakwaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Di samping kita juga berdoa supaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang soleh yang sentiasa memperbanyakkan amal ibadah tanpa jemu dan putus asa yang mana bekalan amal soleh sahajalah yang dapat menyelamatkan manusia dari azab kubur dan seksaan di akhirat. Janganlah kita menjadi seperti orang yang hanya mengaku beriman di mulut sahaja sedangkan di dalam hati masih kufur kepada Allah dengan perilaku seharian seolah-olah mempersenda-sendakan ajaran Islam.

Oleh itu, mimbar Jumaat hari ini ingin menyeru dan mengingatkan agar kita semua sentiasa bersedia untuk mengahadapi kematian dengan berlumba-lumba melaksanakan perkara kebaikan dengan berbekalkan keimanan dan amal soleh. Disamping menginsafi diri dengan perkara-perkara berikut :

Kehidupan sesudah mati jauh lebih penting daripada kehidupan sebelum mati. kerana itulah, segala apa yang dimiliki daripada nikmat dunia ini tidak memberi manfaat di hari akhirat kecuali keimanan kepada Allah dan amal soleh yang sebenar-benarnya.

Islam menganjurkan umatnya mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA : "Dari Abi Bakrah dia mendengar daripada bapanya bahawasanya seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Jawab Baginda: Orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya. Ia bertanya lagi: Siapakah orang yang paling jahat? Jawab Baginda: orang yang panjang umurnya dan jahat pula amalannya".

Sewaktu di alam kubur kita akan didatangi oleh dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir untuk menyoal dengan beberapa pertanyaan. Bagi orang yang beriman dan melakukan amal soleh semasa hayatnya di dunia, dia akan dapat menjawab dengan mudah dan lancer, pada saat itu kuburnya diluaskan dengan seluas-luasnya serta dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan pada hari kiamat. Sebaliknya jika gagal menjawab pertanyaan tersebut, kubur akan disempitkan dan diberikan azab seksa sehinggalah berlakunya hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi".

Firman Allah yang bermaksud :
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah Ali-Imran ayat: 14)

Petikan : Khutbah JAKIM

✿ Adab Menziarahi Perkuburan

1. Hendaklah mengucapkan salam : 
"Selamat sejahtera untukmu, wahai penduduk kampung daripada orang-orang Mukmin dan Muslim, sesungguhnya kami insya'allah akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diingini)." (Riwayat Muslim no 974)
2. Berhati-hati agar tidak memijak kubur.

3. Menziarahi dengan perasaan insaf bahawa setiap kita akan kembali kepada Allah.

4. Haram memijak kubur melainkan apabila terpaksa.

5. Memakai pakaian yang menutup aurat.

6. Memohon keampunan Allah buat orang-orang yang telah meninggal dunia itu.

7. Tidak digalakkan membaca sesuatu yang bertulis kerana ditakuti akan menyebabkan ditimpa lupa.

8. Haram memohon pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia.

9. Haram memperindahkan kubur seseorang yang telah meninggal dunia lebih-lebih lagi dengan tujuan berbangga-bangga.

10. Diharuskan menanam tumbuh-tumbuhan di kubur seperti yang Nabi saw lakukan iaitu meletakkan daun kurma yang masih hijau agar mendoakan si mati.

Perkampungan abadi

Friday, 25 November 2011

✿ Buat Remaja Tawau



Jom sertai buat remaja Tawau

✿ Kembara Membina Iman



Buat shbt2  : aktiviti tahunan perppis kembali lg!!!!

InsyaAllah 28 Muharram 1432 H-5 Safar 1433H/24-31 dis 2011..
PERPPIS akan mengadakan XPDC Dakwah yg akan memulakan kembara nya bermula d bumi tawau sterusnya ke destinasi2 menarik seperti :

(Semporna, LD, Kinabatangan, Sandakan, Beluran, Telupid, Ranau, Kundasang, Menggatal, Penampang, Papar, Kimanis, Beafort, Keningau, KK )

Ekspedisi yg makan masa yg pnjang ini memerlukan dana yang agak besar. Di sini kami perppis mengalu-alukan kepada yg sudi memberi sumbangan dana bagi menjayakan ekspedisi ini. Untuk pengetahuan semua kos bagi perjalanan ini adalah RM11107.50

Keterangan lanjut sahabat boleh terus menghubungi :

Mohd Nasir Ali ( Penasihat Am PERPPIS )~0128610033
Haiqal Assyafiq Hansar ( Setiausaha XPDC )0138905210

Disini juga sumbangan berbentuk alatan rumah juga boleh dihulurkan bagi membantu nasib rakyat yang kurang berkemampuan amnya.

Akaun PERPPIS ~ Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Tawau yang bernombor 22-066-113063-8 atas nama Persatuan Putera Puteri Islam ( PERPPIS ) Bahagian Tawau.

Manakala sumbangan peralatan boleh dibuat melalui alamat :
Persatuan Putera Puteri Isalam ( PERPPIS ) Bahagian Tawau peti surat 1304,91038 Tawau,Sabah.

"Perumpamaan (Nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuh 7 tangkai,pada tiap2 tangkai seratus biji.Allah melipat gandakan (Ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui"(Surah Al-Baqarah : 261)