Showing posts with label Sepanggarianz. Show all posts
Showing posts with label Sepanggarianz. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

✿ Kuliah Maghrib 28/5/2011 [Sabtu]

Waktu : Selepas solat Maghrib
Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Kingfisher
Tajuk : TAFSIR SURAH LUQMAN

=============
PENGENALAN
=============
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." [Luqman : 12]
============
ISI UTAMA
============

[1] Syukur dengan diri sendiri

[2] Ilmu penentu hikmah yang ada pada diri

[3] Sikap yang perlu dicontohi
  • Tunduk pandangan – menjauhi pandangan haram
  • Menjaga lidah
  • Pemaaf
  • Harga diri yang tinggi – tidak buat perkara mungkar
  • Bercakap benar
  • Menunaikan janji
  • Memuliakan tetamu
  • Meninggalkan perkara yang tiada manfaat buat dirinya
  • Menghormati jiran
  • Hak kepada jiran
  • Hak kepada saudara
  • Hak kepada keluarga/kerabat

[4] Kepentingan ilmu
  • Ilmu tanpa amal = gila
  • Amal tanpa ilmu = sia-sia
  • Amal dan ilmu perlu bergerak seiring, agar selamat sepanjang jalan

[5] Konsep ilmu
  • Ilmu perlu diamalkan, agar tidak cepat hilang
  • Ilmu juga perlu dikongsi bersama, agar ianya berkekalan dan tidak dilupakan

[6] Harus sentiasa mensyukuri ilmu
  • Tidak besar diri dengan ilmu yang ada
  • Tiada rasa ujub dalam diri dengan ilmu yang disampaikan
  • Tanda seseorang itu bersyukur dengan diri
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." [Fussilat : 46]
  • Segala kebaikan yang dibuat adalah bermanfaat buat diri kembali akhirnya
[7] Kufur
  • Sesiapa yang kufur, tidak langsung menjejaskan Allah
  • Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji, tidak akan rugi pada sesiapa yang kufur
  • Setiap manusia yang kufur, hanya merugikan diri sendiri, zalim terhadap diri
===========
PENUTUP
===========

a) Hakikat kebijaksanaan Luqman yang penuh hikmah. Segala hikmah yang diperoleh adalah hasil dari ilmu, kefahaman, dan pengalaman yang bermanfaat buat dirinya

b) Setiap kebaikan yang dilakukan hanya berbalik kepada diri sendiri – erti syukur kepada diri sendiri

c) Segala kekufuran hanya merugikan diri sendiri

d) Kata-kata yang lembut mampu membentuk hati yang sekeras batu – panggilan Luqman kepada anaknya

e) Jangan syirik – dosa besar yang tidak akan diampunkan Allah, dosa paling berat antara dosa-dosa besar yang lain

f) Buat baik kepada ibubapa, jangan derhaka. Dosa besar yang kedua adalah derhaka kepada kedua ibubapa

To be continued...

*P/s : Boleh dicopy-paste/disharing/dicetak/apa2 jua cara lain tanpa was-was. Hakcipta tak terpelihara. Jika ada tambah/pembetulan isi, mohon diberi komen.

Wednesday, 23 November 2011

✿ Usrah 17/6/2011 [Jumaat]

Waktu : Selepas solat Isya
Lokasi : Sekitar Sepanggar
Tajuk : KEPENTINGAN ILMU

______________________________ KEPENTINGAN ILMU ____________________________
=============================
MUKADDIMAH
=============================



"Barangsiapa melalui suatu jalan utk mencari ilmu (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga."[BUKHARI]
Ilmu itu cahaya. Tanpa ilmu, kita akan terus hidup sesat dan penuh kejahilan. Islam menyeru umatnya agar terus mencari ilmu tanpa mengira masa, kerana ilmu itu penyuluh kehidupan. Bak kata pujangga :

“Jika engkau memiliki harta, engkau perlu menjaga harta itu
Jika engkau memiliki ilmu, maka ilmu itu akan menjaga engkau.”

dan

"A good leader is a good reader."

Ilmu adalah penjaga manusia dalam menongkah hidup yang penuh ujian ini. Ilmu juga menjadi benteng manusia dalam menongkah badai ujian yang semakin menggila di akhir zaman ini.

Menjelang akhir zaman, muncul golongan yang sesat malahan menyesatkan yang lain. Maka, ilmu akan menjadi benteng diri agar tidak tertipu dengan golongan sebegini, juga agar tidak menyesatkan yang lain.

Ilmu itu juga adalah amanah dari Tuhan. Justeru itu, tidak hairanlah agama Islam amat memandang tinggi mereka yang berilmu. 
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada NIAT, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” [Hadis]
Selain menuntut ilmu, kita juga perlu menekankan niat mencari ilmu. Tanpa niat yang betul, kelak ilmu hanya akan menjadi bahan fitnah buat diri dan orang lain.

Ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang lain. Ilmu yang bermanfaat itu juga mampu menjana amal yang lebih sempurna. Ilmu yang bermanfaat itu juga bisa membantu mengubah diri. Ilmu yang bermanfaat itu juga adalah yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Islam memberi amaran kepada mereka yang berilmu, agar tidak lari dari matlamat sebenar. Orang berilmu mampu berada di tahap paling tinggi, juga mampu berada di tahap paling rendah, malahan lebih rendah daripada tahap orang tidak berilmu.

Awasilah diri dengan permainan syaitan yang licik memperdaya anak Adam. Berapa ramai orang berilmu di akhir zaman kini hanya sekadar menjadi patung boneka dan bahan mainan musuh-musuh Islam. Namun, segelintir dari mereka masih dipelihara Allah, tetap istiqamah dan berjuang menegakkan agama Allah walaupun mereka hanyalah golongan minoriti.

Mudah-mudahan Allah sentiasa pelihara diri kita semua agar terus istiqamah di jalan yang benar, bukan jalan yang sesat.

Amin...

=============================
SYUKUR 
=============================
lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
...................
(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. [Hadis]

[1] Kita patut bersyukur kerana keluar dari perut mak, terus dapat status free – Islam. Cuba bayangkan, bagaimana jika kita lahir ke dunia ni, belum dapat status Islam, dan hingga mati tak sempat mengucap kalimah syahadah?

[2] Seorang yang lahir sebagai bukan Islam, bersusah-payah mengkaji agama Islam hanya untuk peroleh hidayah. Kajian yang memakan bertahun lamanya, kemudian barulah hatinya terdetik untuk mengucap 2 kalimah syahadah itu.

[3] Namun, ada manusia, yang dapat status Islam dengan percuma, tidak perlukan kajian, tanpa memakan apa-apa bayaran pun, telah sia-siakan peluang Islam dan iman yang Allah beri semasa hidup, malahan menjadi penentang kepada agama Islam itu sendiri

****
‎"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.”

[1] Hidup ini ujian. Manusia memang layak untuk diuji, kerana ganjaran Syurga bukanlah semurah ke panggung wayang atau ke pusat karaoke

[2] Bersyukurlah kerana masih ramai manusia lebih malang dari kita di luar sana

[3] Sekurang-kurangnya, kita masih mampu bercakap, melihat, mendengar etc

[4] Jauh di sana, ada saudara kita yang hari-hari tak cukup makan, hari-hari berebut air yang terhad

[5] Dan lagi hebat ujian, ada yang hari-hari hanya mendengar letupan bom dan di ancam maut setiap masa

“Agama itu adalah nasihat.” [Hadis]
[6] Bersyukurlah kerana diuji, tanda diri masih dipantau Ilahi

[7] Namun, berdukalah andai sepi dari ujian, mungkin sudah jauh dari Tuhan

=============================
UBAH
=============================
“Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal,
Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap,
Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal,
Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.”
[Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna]


Merujuk kepada Stephen Covey [7 Habits of Highly Effective People], perwatakan ke-2 iaitu “Begin with the end in mind”, menjelaskan bahawa : Medan khayalan penting dalam mengubah sesuatu. Namun, khayalan ini bukanlah khayalan yang hanya berbentuk ‘angan-angan mat Jenin’ semata-mata, namun perlunya bertindak selaras dengan khayalan yang ada. Tegasnya lagi, khayalan ini juga bukanlah hanya mengikut pandangan sendiri, namun perlu juga memerhatikan kemampuan diri dan keadaan semasa. Bak kata pepatah, “Masakan mahu dapat buah tembikai, jika kita memanjat pokok durian?”

[1] Perubahan itu penting buat semua manusia

[2] Tingkatkan amal dan jihad dalam diri agar perubahan itu dapat direalisasikan bersama. Dunia sekarang tidak cukup hanya terkurung dalam medan teori, sebaliknya perlu sama-sama berganding bahu beramal dan berjihad mengikut batas kemampuan masing-masing

[3] Mengubah manusia tidak mudah seperti mengubah robot, yang hanya memerlukan butang on-off atau sambungan wayar. Mengubah manusia adalah satu proses yang panjang. 

[4] Jadikan bulan Rejab yang hadir kali ini, sebagai medan melatih diri dengan berpuasa sunat di bulan Rejab, juga sebagai persediaan menghadapi Ramadhan tak lama lagi 

[5] Paksakan diri agar melakukan kerja yang kurang disukai. Tapi tak bermaksud menyusahkan diri seperti Pak Pandir, tetapi menyediakan diri agar tidak terperangkap di dalam zon selesa - yang kelak akan memusnahkan diri kita

[6] Ujian kesenangan itu lebih bahaya dari ujian kesusahan

****
“Dakwah itu luas. Cuci tandas, hormati orang, belajar, membuang kayu di tepi jalan, berlisan baik, menulis yang baik itu juga adalah dakwah. Pahala itu adalah dakwah.” [Anonymous]
[1] Dakwah bukan sekadar bicara agama, dakwah juga bukan hanya menyentuh ilmu fiqh, dakwah bukan sekadar menghadiri kuliah ilmu, namun dakwah itu adalah hidup kita

[2] Setiap kebaikan adalah dakwah. Selagi ianya ada pahala

[3] Kita mahukan perubahan yang kekal. Kita tidak mahukan perubahan seperti pisang goreng - hari ini kita insaf, hari esok kita berasap

Jika kita berubah hanya kerana terpaksa dek tekanan dan desakan sekeliling, biasanya tidak akan tahan lama

Tetapi, jika kita paksakan diri untuk berubah, insyaallah itu akan menjadi benteng diri kita hingga akhir hayat

****

“Manusia sanggup hidup susah hanya kerana tidak mahu berubah.”

Saya tertarik dengan cerita dari seorang tokoh motivasi dahulu. Dia bertanya, “Lojikkah seorang manusia itu mati lemas di lopak air yang hanya tingginya 1 sentimeter?”

Ramai orang menjawab tidak.

Namun, itu tidak mustahil berlaku, sekiranya seseorang itu teramat malas untuk berubah hingga membiarkan dirinya lemas dalam air yang teramat cetek.

Moral : Jangan jadi manusia yang susah, hanya kerana taknak berubah. Malahan, susahnya itu turut menyusahkan orang lain

=============================
PENUTUP
=============================

“Perubahan itu bukan pilihan, tetapi satu kemestian.”

[1] Keluarlah dari medan bercakap dan medan berkhayal

[2] Keluarlah dari kepompong sendiri, terjun ke dalam masyarakat yang masih memerlukan

[3] Usahakan diri untuk sentiasa bekerja keras untuk agama Islam

[4] Jadilah aktivis Islam yang terurus, bukanlah ekstremis Islam yang hancus !

[5] Tuntutlah ilmu, usaha amalkan, dan sama-sama sebarkan, demi kebangkitan umat Islam !

BANGKIT ANAK SABAH !
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya, maka Allah menjadikannya seorang yang memahami ilmu agama." (Hadis)

Wassalam 

Sumber tambahan : 
1] http://www.eperjuangan.com/2010/04/jangan-teruja-dengan-ramainya-pengikut.html
2] https://www.stephencovey.com/7habits/7habits.php
3] http://www.facebook.com/note.php?note_id=170089809685359

✿ Kuliah Maghrib 19/6/2011 [Ahad]

Waktu : Selepas solat Maghrib
Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Kingfisher
Tajuk : BEDAH HADIS & TAFSIR SURAH LUQMAN (Ayat 14-15)

=========

PENGENALAN

=========


dan,

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
“Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya keranasombong, maka Allah tidak akan melihatnya.”
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

****
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya denganmenanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan."

[Luqman : 14-15]



========

ISI UTAMA

========



[1] Hendaklah setiap muslim menjaga adab ketika mahu menunaikan solat. Antara adabnya ialah menjaga had sarung yang dipakai ketika menunaikan solat (isbal).

[2] Untuk konsep kain labuh ini (isbal), adalah dimaafkan sekiranya tidak sengaja. Jika tidak boleh dielakkan, hinggakan terpaksa juga labuhkan kain, khususnya buat yang bertubuh kurus etc, maka hal sedemikian adalah dimaafkan

[3] Persoalan sebegini pernah berlaku kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, yang bimbang mendapat murka Allah kerana kain yang dipakainya terpaksa labuh. Memandangkan tubuh khalifah yang agak kurus, maka sukar untuk elakkan berlaku sedemikian. Untuk hal seperti ini, Rasulullah s.a.w. membenarkan kain itu labuh, dengan syarat tidak terlalu labuh hingga terkena tanah, dan bukan kerana sombong

[4] Islam amat menekankan aspek kebersihan ketika solat. Maka, hadis ini juga menekankan kepada kita semua agar menjaga kebersihan kain agar tidak mengganggu kualiti solat. Jika kain terlalu labuh, dibimbangi kain itu akan terkena tanah, yang mungkin turut dikotori dengan najis dan sampah yang ada di sepanjang perjalanan

****

[1] Buat baik kepada ibubapa - bercakap lembut, tidak menyakiti perasaan, dsb

[2] Seorang ibu telah bersusah-payah mengandungkan anak, kemudian semakin lama semakin susah kerana kandungan semakin besar, yang akhir sekali kesusahan ketika sedang bersalin

[3] Bersyukur kepada Allah, menghargai ibubapa sama ada masih hidup atau telah pergi

[4] Semua manusia (dan makhluk) akan kembali kepada Allah, iaitu mati. Mati tak mengira umur, tak mengira masa, tak mengira tempat. Kita tak tahu 'expired date' kita semua. Sama ada si anak yang meninggal dahulu, atau orang tua yang meninggal dahulu, semuanya rahsia Allah

[5] Ketaatan kepada kedua ibubapa ada batasnya. Tidak boleh taat keduanya pada perkara mungkar dan maksiat. Contohnya, jika si ibu menyuruh si anak agar mencuri, si anak tidak dikatakan derhaka sekiranya tidak taat kepada arahan si ibu

[6] Paling utama, tidak boleh taat dalam soal akidah (khas buat yang ada ibubapa berlainan agama). Jika kedua orang tua menyuruh si anak agar kembali kufur kepada agama selain Islam, si anak tidak boleh taat, dan seharusnya berpegang teguhlah dalam agama Islam

[7] Layanilah kedua orang tua dengan baik, walaupun berbeza dari sudut agama khususnya

[8] Setiap perbuatan yang dilakukan, tetap diketahui Allah. Walaupun amal baik/buruk itu sebesar biji sawi, yang tersembunyi di dalam batu sekalipun, tetap diketahui Allah. Segala rahsia langit dan bumi, ada di bawah pantauan Allah, tiada seorang pun boleh terlepas, hatta buat seekor burung sekalipun



======

PENUTUP
======
a) Pentingnya menjaga kebersihan semasa solat

b) Allah amat murka kepada manusia yang menyombong di bumi Allah ini

c) Kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan ibubapa. Tanpa mereka, kita tak akan lahir ke dunia

d) Semua makhluk akan kembali kepada Allah jua

e) Ada batasan tertentu dalam konsep ketaatan kepada kedua orang tua

f) Semua amal kita akan dihisab kelak, walau sekecil zarah sekalipun

Wassalam

sumber tambahan :
[1] http://ceritasekupang.blogspot.com/2010/05/larangan-isbal-melabuhkan-pakaian.html
[2]http://www.scribd.com/doc/50178568/3/KAIN-ATAU-SELUAR-LABUH-MENUTUPI-MATA-KAKI-ISBAL
[3]http://books.google.com.my/booksid=LTqM7AWDjmEC&pg=PA31&lpg=PA31&dq=hadis+sarung+rasulullah&source=bl&ots=XweYzL3aSf&sig=1cdNf2Wlt32ihZcTRFadG0d10nU&hl=en&ei=HZT-TcvBJdHhrAfjwOHaDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CBcQ6AEwAA#v=onepage&q&f=false