Showing posts with label Mari Belajar Hadis. Show all posts
Showing posts with label Mari Belajar Hadis. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Tiga Perkara



Hati tersentap seketika pada sebuah sabda Nabi SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani.

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail) 

Wednesday, 11 July 2012

✿ HADIS QUDSI

Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan AIB dan CELA orang lain.
TETAPI ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri: 
atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan 
tingkah lakunya, tetapi ia masih
terus berbuat MAKSIAT.

Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa MAUT itu dilalui seorang diri,
KUBUR itu dihuninya seorang diri,
Dihisab seorang diri..
Tetap ia masih berjinak-jinak dengan manusia. 
TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU SEBENARNYA DAN SESUNGGUHNYA 
Muhammad itu adalah HAMBA dan RASULKU.

[ms:10, para3]

~Sumber: 'Nasihat & Bimbingan Hadis Qudsi Imam Al-Ghazali',
Dr Abdul Hamid Salih Hamdan (Thqiq), 1999.~

Thursday, 29 December 2011

✿ Hadis 3/40 : Rukun Islam


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
 
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim]


====================
Pokok Perbincangan Hadis
====================

Binaan Islam

Islam diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.

Islam ibarat struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.


==========================
Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam
==========================


Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir.

Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma).

Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq.

Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq


=============
Matlamat Ibadat 
=============


Syahadah - syarat diterima amalan lain.

Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - amal pertama dihisab.

Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.

Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.

Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.


==============
Pengajaran hadis
==============

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


sumber : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=127:hadis-3&catid=58:hadis-40&Itemid=75

*Untuk lebih jelas, anda digalakkan membeli buku di bawah ini

 


Wallahu'alam..

Wednesday, 28 December 2011

✿ Hadis 4/40 : Proses kejadian manusia


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
 
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
 
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


=============
Kefahaman Hadis
=============

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya 
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai."
(Al-Haj : 5)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
(Al- Mu’minun :12-14)

Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat :
Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.


2) Ditiup Ruh
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari bagi menjamin kesucian rahimnya (tak mengandung).


3) Menggugurkan Janin
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.


4) Keluasan Ilmu Allah Maha Mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.

Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
 
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
 

=============
Pengajaran Hadis
=============

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Bolehjadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.



sumber : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=135:hadis-4&catid=58:hadis-40&Itemid=75

sumber asal : Hadith 40 (Terjemahan & Syarahan)


Sunday, 25 December 2011

✿ Hadis 5/40 : Awas bid'ah


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim)

Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:

Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak
( Al-Imam al-Bukhari )

 


===================
Pokok Perbincangan Hadis
===================

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama

a) Dalam Ibadat :
Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.
Ibadah yang langsung tidak syar’ie tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya.
Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan.
Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan.

b) Dalam Muamalat :
i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
Barang yang hendak di’aqad tidak halal.
‘Aqad pada barang yang diharamkan.

ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.


=============
Pengajaran hadis
=============

 

lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.

Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.

Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

 


sumber : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=138:hadis-5&catid=58:hadis-40&Itemid=75

Friday, 23 December 2011

✿ Hadis 6/40 - Halal & Haram


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


===================
Pokok Perbincangan Hadis
===================


1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas : Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya. Yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat : tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - dapat redha Allah.

Syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita mesti dijelaskan supaya hilang syubhat tersebut.

Tinggalkan syubhat adalah salah satu sifat orang yang wara’

Dan barangsiapa berusaha meninggalkan perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan dirinya dari terjatuh kepada yang haram - ke arah sempurnanya iman seseorang.

4) Peranan Hati dan pentingnya menjaga hati dari dirosakkan


=============
Pengajaran hadis
=============
 


Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.
Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.



sumber : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=140:hadis-6&catid=58:hadis-40&Itemid=75

Tuesday, 20 December 2011

✿ Hadis 7/40 : Agama itu nasihat



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat.
Kami berkata: Untuk siapa?
Baginda bersabda:
Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
[Hadis riwayat lmam Muslim]

=======
Isi Pokok
=======


1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.

2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.

3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.

4) Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

Pengertian nasihat : Perkataan yang mempunyai maksud supaya yang dinasihati mendapat faedah. Orang yang memberi nasihat pula hendaklah menggunakan kata-kata yang sudah dipilih dan telah dihalusi serta ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Nasihat bagi Allah :
Beriman kepadaNya, beramal apa yang diperintahkanNya, meninggalkan laranganNya, mengingati kebesaranNya, mensyukuri nikmatNya


Nasihat bagi kitabNya :
Membaca ayat dengan cara yang betul, memahami erti serta mencari rahsia dan hukum, mendalami ilmu, memerhati hukumnya, menyesuaikan diri dengan pengajarannya dan yakin bahawa hanya kitabNya adalah pedoman hidup sepanjang zaman

Nasihat bagi RasulNya :
Membenarkan kerasulan, mempercayai apa yang disampaikan, mematuhi suruhan dan larangan, membela agama, memusuhi musuh agama, mencintai siapa yang mencintai agama, menghidupkan perjalanan dan sunnah pada diri dan masyarakat


Nasihat bagi imam kaum Muslimin :
Menolong dan menyokong mereka dalam kebenaran, patuh dalam urusan kebaikan, tegur dengan cara sopan, peringati mereka tatkala terlalai, jangan hasut orang ramai supaya keluar dari barisan ketaatan

Nasihat bagi Muslimin :
Memimpin ke jalan benar, mengawasi mereka dari jalan salah, mengajar mereka, belajar dari mereka, bertolongan dalam perkara kebaikan dan taqwa, saling hormat-menghormati, menjauhkan sifat yang membangkitkan fitnah dan permusuhan, memahami bagi setiap seorang adalah anggota dalam masyarakat

Nasihat besar faedahnya. Tetapi jika silap caranya mampu membawa bencana. Orang yang memberi nasihat hendaklah mengerti cara bagaimana melakukannya supaya nasihatnya dapat menginsafkan dan diterima. Setiap nasihat hendaklah secara sopan dan bijaksana, sesuai dengan keadaan mereka yang dinasihatkan itu. Kalau nasihat itu kepada seseorang atau beberapa orang hendaklah dilakukan dengan cara yang sembunyi. Sekiranya dilakukan di depan, maka nasihat seperti itu bukanlah lagi merupakan nasihat, tetapi suatu penghinaan terang-terangan.
Nasihat bukan sahaja berhadapan, sebaliknya dapat dilakukan di belakangnya. Sabda baginda s.a.w.:
"Sesungguhnya dari hak seorang Islam ialah menasihati baginya apabila ia ghaib (tiada bersama dengannya)."

Ini bererti jika ada orang lain hendak memburuk-burukkan atau merosakkan kehormatan peribadi kawannya, maka hendaklah ia menolak, membela serta membersihkannya. Kerana ini adalah haknya sebagai seorang Islam atas kawannya. Malahan inilah pengertian nasihat yang dikehendaki Rasulullah s.a.w. terhadap kawan sebagai tanda kesetiaannya. Dengan demikian terbentuklah keikhlasannya dalam pergaulan dan inilah jenis nasihat yang sangat diperlukan.

Nasihat sebegini juga menentukan hubungannya dnegan kawannya dan hak ini menjadi ukurannya. Kerana nasihat ketika berhadapan, belum tentu dapat mencerminkan kesucian hati, sebab mungkin nasihat itu semata-mata di luar sahaja, tidak dari jiwa yang ikhlas dan setiakawan.

=========
Pengajaran
=========



Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Menurut Imam Nawawi - nasihat adalah wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat ini tidaklah diwajibkan.

Wallahu'alam...



sumber asal : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=143:hadis-7&catid=58:hadis-40&Itemid=75

Friday, 16 December 2011

✿ Hadis 8/40 : Hak Islam & Konsep perang




Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
[Hadis riwayat lmam Bukhari dan Muslim]

=======
Isi Pokok
=======




1) Wajibnya perang - difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.

2) Terpelihara darah dan harta :

i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

ii) orang yang mendirikan solat fardhu.

iii) orang yang membayar zakat.

iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum - hanya pada zahir - batin serah pada Allah.

=========
Pengajaran
=========


Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

Wallahu'alam...




sumber asal : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=149:hadis-8&catid=58:hadis-40&Itemid=75

Monday, 12 December 2011

✿ Hadis 9/40 : Larangan dan Suruhan Rasulullah s.a.w.


Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

[Hadis riwayat lmam Bukhari dan Muslim]
=======
Isi Pokok
=======



1) Jauhi Larangan :
i- haram : dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii- makruh : dapat pahala / buat tak berdosa

2) Buat apa yang disuruh :
i- wajib : dapat pahala/ tinggal dapat dosa
ii- sunat : dapat pahala/ tinggal tak berdosa

3) Larangan banyak bertanya
  • Perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’
  • Perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati
  • Pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina soal agama
  • Bertanya mengenai masalah yang tidak berlaku lagi

=========

Pengajaran
=========


Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.

Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpakesusahan dan kebinasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

Wallahua'lam

sumber asal : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=151:hadis-9&catid=58:syarah-hadith&Itemid=75

Friday, 2 December 2011

✿ Penat menanti kemustajaban doa?

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)
Allah turun ke langit bumi pada sepertiga malam dan menyampaikan firman-Nya: 
"Sesiapa yang memohon doa kepada-Ku nescaya Aku perkenankan... Sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri... Sesiapa yang bertaubat nescaya Ku ampunkan dosanya.”(Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah saw:
“Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa… Orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan berdoa dan orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil terhadap salam".
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya tanpa pengetahuan saudaranya itu, maka Malaikat yang ditugaskan untuk itu akan berkata; " Amin" dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga..." (Riwayat Abu Ad-Darda')
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya."
(al-Dailami daripada Abdul Rahman bin 'Auf)
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran". (Al-Baqarah : 186)
Kita tidak suka kepada penantian yang lama, kalau boleh kita nak memperolehinye segera, tetapi ingat lah..."Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." ( al-Baqarah: 216 )
ALLAH menjanjikan pengabulan doa, tapi dengan syarat kita beriman dan sedaya upaya memenuhi setiap perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH…

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Sabda Rasulullah saw: “Tiada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah melainkan doa” (Abu Hurairah)

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Allah perkenankan doa. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”.(Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Mesti yakin, maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah.Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa...

Sabda Nabi s.a.w :
Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya baginda : " Apa itu tergopoh-gapah ?". Sabda baginda : "Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa..."(Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza.Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.

Sabda Nabi s.a.w :
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih)...

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung... Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (al-Ahqaf : 5-6)...

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar...

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya. ( al-Baqarah: 216 ) 

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

“Mengapa doaku tak di kabul?” Pernyataan inilah yang pernah dilontarkan kepada Ibrahim bin Adham. Lantas beliau menjawab, “Kerana hati kamu telah mati.”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikannya?”

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:

Kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksanakan hak-Nya.

Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya.

Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunahnya.

Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kamu mengakui bahwa syaitan itu musuh, tetapi kamu mematuhi dia.

Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka tapi kamu lemparkan dirimu sendiri ke dalamnya.

Kamu ingin memasuki Syurga tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh.

Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan.

Kamu merasakan kenikmatan yang diberikan Allah swt tetapi kamu tidak bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah.

Kamu menguburkan jenazah orang lain tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahwa kelak kamu juga akan dikuburkan.

Maka bagaimana mungkin Dia mengkabulkan doa kamu?”

Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya....

INSAN KERDIL

Wednesday, 30 November 2011

✿ Hadis 10/40 : At-Toyyib


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
[Hadis riwayat Muslim]
===========
ISI POKOK
===========


1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur

2) Diterima atau tidak amalan adalah bergantung kepada pemakanannya, sama ada halal atau haram. Amalan menjadi penentu kepada diterima atau tidaknya doa dan ibadah seseorang

3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:


[] Perjalanan yang jauh

* Tiga jenis doa yang diperkenankan Allah - doa orang yg dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya [hadis]

[] Berpakaian lekeh (usang)

* Sebagaimana yang disunatkan dalam solat Istisqa’ - mengangkat tangan ke langit [hadis], serta mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat atas sesuatu permintaan

[] Penjagaan makanan, minuman dan pakaian

=============
PENGAJARAN
=============


lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek -

[] kebersihan diri dan hati

[] keelokan berpakaian

[] kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti



Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.
Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.

Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.

Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligusmenghalang doa daripada dimakbulkan Allah.

To be continued....




sumber asal : Halaqah online