Showing posts with label Muslimah Corner. Show all posts
Showing posts with label Muslimah Corner. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Berhijab


Cara Muhammad Ali Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Berhijab



Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah. 

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu. 

"Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cengkerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius. 

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga."

Saturday, 15 December 2012

✿ Tutup AURAT


Oleh Dr Harlina Halizah Siraj 

DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini.

Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pert ama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal, apabila auratnya terdedah.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia TIDAK mengenakan pakai an menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap INDIVIDU.

Begitu juga kaum lelaki, lazimnya mereka tidak mengenakan pakaiannya yang menutup aurat kerana niat semata-mata perlu menjaga iman kaum wanita. Maka wanita Islam juga tidak melilit tudungnya dengan memasang niat di dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua ini bukan kerana orang lelaki.

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Say a pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Saturday, 14 July 2012

✿ BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"

MACAM MANE NK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI :)

> " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
>" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31
>" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
>" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31
>" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
(Riwayat At-Thabrani)
>" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
>"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
>"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
>"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, 26 June 2012

✿ Aurat


Ali seorang anak murid darjah 6 bertanya kepada ustazah semasa kelas pendidikan islam...

Ali : Ustazah, kalau kita pegang babi.. boleh tak ustazah?

Ustazah: tak boleh. Sebab babi tu najis mughallazah..

Ali : Kalau tengok je babi tu.. berdosa x, ustazah?

Ustazah: Kalau tengok je..x lah berdosa..

Ali : Kalau kita tengok perempuan yang x tutup aurat, berdosa x ustazah?

Ustazah: Kalau perempuan yang x tutup aurat, kita tengok.. BERDOSA!.. kalau dah tengok pun berdosa..kalu kita pegang lagi lah berdosa ali......

Ali : Oo..maknanya perempuan yg tak tutup aurat tu lebih teruk dari binatang tu la ye ustazah..

Ustazah: erkk..........~~!!

Ali: kalu lebih teruk dari binatang tu..kategori najis ape ustazah???

Monday, 25 June 2012

✿ Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita




Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Thursday, 19 January 2012

✿ Mawar Berduri dan Pohon Semalu

ku melihat pada bunga mawar..

"indahnya bunga ini"..
"tingginya ia di atas pokok"

lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..

mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..

cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

ku melihat pada semalu..

"erm..bunga apa ini"
"kat tapak kaki aje ia"

lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..

masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..

wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..

~ Mawar ~

sebuah pohon bunga indah..
keindahannya menarik mata manusia..
juga makhluk lain yang dicipta-Nya..
begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya..

mawar punyai batang berduri..
sungguh sukar untuk menyentuhnya..
tetapi keindahannya lebih menarik hati..
maka berlumbalah orang memetik dirinya..

namun benda yang indah..
sudah pasti akan mengusik hati sendiri..
bahawa aku ini indah..
maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..

~ Pohon semalu ~

sebuah pohon yang adanya batang dan daun..
tiada pun keindahan padanya menarik perhatian..
berada di celahan lalang dan daunan..
begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan..

namun perasankah kita..
apabila menyentuhnya..
dia akan terus menyembunyikan dirinya..
begitu tinggi nilainya..
hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..

namun perasankah kita..
pohon semalu ada keindahanya..
kerana dia juga ada bunganya..
namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..^^

hayatilah sebaiknya..

dunia kini sudah berbeza..
wanita yang indah semakin ramai..
wanita sebegini memang mahal dirinya..
sukar untuk didekati andai tiada cara..

apabila cara mengena diri..
maka tunduklah wanita..
itulah ia mawar berduri..
walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..

sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya

Thursday, 29 December 2011

✿ Untukmu Hawa

Assalamualaikum...

Mentari senyum lebar tanda kekuasaan kembali bertakhta.
Setelah sekian lama membenarkan sang purnama bersuka-ria memadu rindu dengan sang pungguk.
Sang helang berterbangan di ufuk timur, gagah, berani, bebas...
Terbang tinggi tanpa dinding membataskan, tanpa rintang yang menghalang...


Hawa...

Bukan kutewas dengan ribut angin alam yang kencang.
Kuibaratkan diriku hilang gagah perkasa di awan.
Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat....ah, belum lagi patah
Ku tidak mampu membahas ribut modernisasi dan globalisasi mengikut haluanku....



Hawa....

Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan
Kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan
Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan coretan
Terbang di langit tanpa batasan, sering ku kebablasan ke angkasa larangan
Kuharapkan teguran dan kritikan serta pesan berpanjangan
Agar kutetap terbang di awan, tapi tafakurku sejenak di pepohonan...


Hawa.....

Seandainya kuperlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi...
 Maka begitulah jua dirimu yang tak kurang alpanya
Dunia kini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan.

Modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk dirimu yang menggiurkan
Ah, memang kaumku mudah mempercayai pada mata
Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa?

Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibalut tubuhnya dengan helaian sutera yang indah
Yang telah diharamkan untukku mengenakannya?

Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapa tidak ramai kaumku yang kelihatan memakan pakaian menampakkan bentuk badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak ramai?



Hawa......

Kadang-kadang, tak kurang dikalanganmu yang amat tinggi malunya.
Indah etikanya di khayalak.
Sutera kau sarung menghijab keindahanmu dari mata keranjang kaumku.

Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu.
Namun di wajahmu terhijab, hatimu bertelanjang tanpa mahmudah...
Kamu merendahkan orang lain, di hadapan orang lain.
Kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan.....

Ah, apakah mengumpat dan menfitnah orang satu santapan yang sedap?
Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri...
Walhasill hati kecilmu tidak kan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan.....
Kalau tidak kerena tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakatku...

 

Hawa.....

Ku datang bukan untuk mencakar cengkraman kuku tajam di kaki...
Bukan juga mematukkan paruh berbisa yang menyambar....
Tapi supaya direnungkan bersama
Bahwa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri

Aku akur dengan nasihat dan peringatanmu, di kala itu akurlah dengan peringatanku padamu....


Hawa...

Kerana kau adalah ibu yang mengandung dan melahirkan
Kerana dalam asuhanmu, aku dibesarkan
Kerana kau adalah teman hidup tempat emosiku berbicara
Kerana kau adalah asset masyarakat yang mengundang ujian
Kerana kau ibarat hiasan indah bagai intan berlian



 sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=167914973219277


Tuesday, 27 December 2011

✿ Warkah untuk calon zauj

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu mengenai dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa.

Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akanku buat 'expressionles face' dan 'cool'. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku.

Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina 'Aisyah R.A "sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang".

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akanku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidakku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku.

Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Uhibbuhu fillah walillah..Biar tak bertemu didunia fana, moga dipertemu di Jannatul Firdausi. AMIN...

sumber: http://www.baitulmuslim.com/content/warkah-untuk-calon-zauj

✿ Seorang Lelakipun Enggan Melihat Seorang Perempuan Yang Tak Berjilbab

Bismillahhirrahmannirrahim.....

Duhai Wanita...
Kami sulit menahan pandangan mata ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH kecantikan dan postur yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian..
karena itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang....

Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian..
Apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH suara yang merdu dengan irama yang mendayu...
karena itu tegaskanlah suara kalian, dan berbicaralah seperlunya....

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian...
ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami...
waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian....
karena itu janganlah...kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian...

Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian...
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian....
Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis....

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan...

Maha Besar ALLAH yang tahu akan kelemahan hati kami, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diridhai-Nya kalian akan halal bagi kami....

Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...


Ya Rabb...tolong ampuni aku...
untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab...

Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik
karena kasih sayangMu kepada kami...
engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam...


*Salah satu luahan seorang kaum adam ....

Bismillahir-Rahmanir-Rahim:

Kamu tau kenapa saya suka wanita itu pakai jilbab?

Jawabannya sederhana, karena mata saya susah diajak kompromi.
Bisa dibayangkan bagaimana saya harus mengontrol mata saya ini mulai dari keluar pintu rumah sampai kembali masuk rumah lagi.

Dan kamu tau? Di kampus tempat saya seharian disana, kemana arah mata memandang selalu saja membuat mata saya terbelalak.
Hanya dua arah yang bisa membuat saya tenang, mendongak ke atas langit atau menunduk ke tanah.

Melihat kedepan ada perempuan berlenggok dengan seutas "Tank Top", noleh ke kiri pemandangan "Pinggul terbuka", menghindar kekanan ada sajian "Celana ketat plus You Can See", balik ke belakang dihadang oleh "Dada menantang!"

Astaghfirullah... kemana lagi mata ini harus memandang?

Kalau saya berbicara nafsu, ow jelas sekali saya suka.
Kurang merangsang itu mah!
Tapi sayang, saya tak ingin hidup ini dibaluti oleh nafsu.

Saya juga butuh hidup dengan pemandangan yang membuat saya tenang.
Saya ingin melihat wanita bukan sebagai objek pemuas mata.
Tapi mereka adalah sosok yang anggun mempesona, kalau dipandang bikin sejuk di mata.
Bukan paras yang membikin mata panas, membuat iman lepas ditarik oleh pikiran "ngeres" dan hatipun menjadi keras.

Andai wanita itu mengerti apa yang sedang dipikirkan oleh laki-laki ketika melihat mereka berpakaian seksi, saya yakin mereka tak mau tampil seperti itu lagi.
Kecuali bagi mereka yang memang punya niat untuk menarik lelaki untuk memakai aset berharga yang mereka punya.

Istilah seksi kalau boleh saya definisikan berdasar kata dasarnya adalah penuh daya tarik seks.
Kalau ada wanita yang dibilang seksi oleh para lelaki, janganlah berbangga hati dulu.
Sebagai seorang manusia yang punya fitrah dihormati dan dihargai semestinya anda malu, karena penampilan seksi itu sudah membuat mata lelaki menelanjangi anda, membayangkan anda adalah objek syahwat dalam alam pikirannya.
Berharap anda melakukan lebih seksi, lebih... dan lebih lagi.
Dan anda tau apa kesimpulan yang ada dalam benak sang lelaki?

Iaitunya: anda bisa diajak untuk begini dan begitu alias gampangan!

Mau tidak mau, sengaja ataupun tidak anda sudah membuat diri anda tidak dihargai dan dihormati oleh penampilan anda sendiri yang anda sajikan pada mata lelaki.
Jika sesuatu yang buruk terjadi pada diri anda, apa itu dengan kata-kata yang nyeleneh, pelecehan seksual atau mungkin sampai pada perkosaan.

Siapa yang semestinya disalahkan?
Saya yakin anda menjawabnya "lelaki" bukan?
Oh betapa tersiksanya menjadi seorang lelaki dijaman sekarang ini.

Kalau boleh saya ibaratkan, tak ada pembeli kalau tidak ada yang jual.
Simpel saja, orang pasti akan beli kalau ada yang nawarin.
Apalagi barang bagus itu gratis, wah pasti semua orang akan berebut untuk menerima.
Nah apa bedanya dengan anda menawarkan penampilan seksi anda pada khalayak ramai, saya yakin siapa yang melihat ingin mencicipinya.

Begitulah seharian tadi saya harus menahan penyiksaan pada mata ini.
Bukan pada hari ini saja, rata-rata setiap harinya.
Saya ingin protes, tapi mau protes ke mana?
Apakah saya harus menikmatinya...? tapi saya sungguh takut dengan Zat yang memberi mata ini.
Bagaimana nanti saya mempertanggungjawabkan nanti? sungguh dilema yang berkepanjangan dalam hidup saya.

Allah Taala telah berfirman:
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya", yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."
(QS. An-Nuur : 30-31).

Jadi tak salah bukan kalau saya sering berdiam di ruangan kecil ini, duduk di depan komputer menyerap sekian juta elektron yang terpancar dari monitor, saya hanya ingin menahan pandangan mata ini.
Biarlah mata saya ini rusak oleh radiasi monitor, daripada saya tak bisa pertanggung jawabkan nantinya.
Jadi tak salah juga bukan?

Kalau saya paling malas diajak ke mall, jjs, kafe, dan semacam tempat yang selalu menyajikan keseksian.

Saya yakin, banyak laki-laki yang punya dilema seperti saya ini.
Mungkin ada yang menikmati, tetapi sebagian besar ada yang takut dan bingung harus berbuat apa.
Bagi anda para wanita apakah akan selalu bahkan semakin menyiksa kami sampai kami tak mampu lagi memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.
Kemudian terpaksa mengambil kesimpulan menikmati pemadangan yang anda tayangkan?

So, berjilbablah ... karena itu sungguh nyaman, tentram, anggun, cantik, mempersona dan tentunya sejuk dimata.

---

Posted by Muslimah Berjilbab

http://muslimahberjilbab.blogspot.com/2005/06/isi-otak-lelaki-ttg-wanita.html

Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah.....
Marilah Setiap detak-detik jantung..,
selalu kita isi dengan.. Asma Teragung diseluruh jagad semesta raya ini


Jaga hati

sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=480949666041&id=301729376267

Sunday, 25 December 2011

✿ Manisnya Bergelar Wanita..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi saya. Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu saya pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Kata saya rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan dihargai. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” (Muslim)
  
“Tidak ada anugerah yg lebih berharga daripada beroleh sifat sabar.” (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabarlah kerna dilahirkan sbg muslimah..byk hikmahnya..subhanallah..

✿ Isteri solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh ‘wildan-wildan’nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.


Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Generasi yang bakal mengamankan dunia!  


sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/04/28/jadilah-isteri-solehah/

Saturday, 24 December 2011

✿ Andai Seorang Perempuan Itu Datang...

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?


MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."


TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...
Andai seorang perempuan itu datang...


sumber : http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1044-andai-seorang-perempuan-itu-datang.html

✿ 20 keistimewaan wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda,
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita.

Wallahu taa’la a’lam.


Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.


sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/04/16/20-keistimewaan-wanita/

Friday, 23 December 2011

✿ BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

✿ Hatiku tertawan kepada dua lelaki

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam hidup ana ini, ana sangat terpengaruh dengan kehadiran dua lelaki ini. Biarlah ana ceritakan satu persatu asbab kepada tertawannya hati ana kepada kedua-dua lelaki ini.

Muslimin yang pertama ini telah membuatkan ana jatuh cinta kepadanya kerana cinta terpendamnya kepada ana. Dan murninya cinta dia kepada ana, walaupun belum pernah lagi bertemu dengan ana. Dia sedih mengenangkan kematian hanya kerana sedih andainya tidak dapat bertemu dengan ana di masa akan datang.

Tiada lelaki yang lebih sempurna akhlaknya yang ana pernah ketahui melainkan dia. Sentiasa baik kepada sesiapa sahaja baik di waktu senang mahupun susah. Tidak pernah meninggikan suara, menegur dengan baik sekiranya ada perkara yang tidak disukainya. Mendoakan orang walaupun yang telah menyakitinya dan sentiasa berhusnudzon terhadap semua orang.

Seyuman lekat di bibirnya walau ketika dia sihat, sakit, sedih. Orangnya zuhud, sangat bersyukur kepada segala nikmat yang dikurnia Illahi walaupun ada di antara kita yang memandang remeh nikmat-nikmat di sekeliling kita. Solat malam menjadi kegemarannya, dan dengan senang hati berpuasa sekiranya tiada makanan yang disediakan untuknya. Muslimin ini sangat penyayang.

Walaupun terkadang ana lupa kepadanya, terlupa kepada nasihat dan larangannya, dia tetap merindui dan mencintai ana serta sentiasa berdoa yang terbaik untuk kehidupan ana dunia dan akhirat. Kanak-kanak disayangi, orang tua dihormati. Subhanallah, kalau nak diceritakan semuanya rasanya tak dapat ana ungkapkan kerana semakin rasa diri ana ni tak layak untuk bertemu dengannya. Malu rasa diri ini dengan kewarakannya, cintanya, akhlaknya. Tak setanding diri ini denganmu.

Muslimin kedua ini ana sangat menghormatinya. Timbul bibit cinta dan kasih sayang kepadanya dek kerana ungkapan cintanya melalui seluruh tubuhnya kecuali lisannya. Tiada ungkapan kasih daripadanya yang ana pernah terima. Namun, dari sikap prihatinnya, pelaksanaan tanggungjawabnya, ana tahu dia sangat menyayangi ana. Dia seorang yang bewibawa, amir dalam organisasinya.

Walaupun dia tidaklah sewarak muslimin yang pertama, tapi sifatnya yang lain tidak kurangnya menawan hati ana. Alhamdulillah, dia dikurniakan dengan nikmat harta, dan dia tidak lokek untuk berkongsi dengan kerabatnya. Kasihnya dia kepada kanak-kanak dapat jelas ana lihat. Solat sunat walaupun jarang ditunaikan namun, solat fardhu tidak pernah dia tinggalkan dan selalu dipentingkannya.

Hmm.. Hati duhai hati. Yang mana satu pilihanmu sebenarnya? Pilihan pertama ana adalah muslimin yang pertama dan jika mustahil perkara itu bagi ana, maka ana berdoa kepada Allah supaya ana dipertemukan dengan yang serupa atau lebih baik dari muslimin yang kedua.

Siapakah kedua-dua muslimin ini sebenarnya? Muslimin, mu’allim yang pertama tadi tak lain adalah manusia yang ana paling cintai. Namanya Muhammad bin Abdullah. Rasulullah SAW yang ana sentiasa rindui. Cinta dan kasih-sayang serta rindunya bukan hanya kepada ana, malah kepada seluruh makhluk terutama umatnya. Baginda SAW bersedih mengenangkan kematian kerana tidak dapat Baginda berjumpa dengan umatnya yang hidup sesudah kewafatannya. Umat yang pelbagai ragam yang tidak pernah pun ketemu muka. Astaghfirullah, bagaimanakah kita sehingga terlalai dari mengingati Baginda? Suruhan dan larangan Baginda? Baginda adalah kekasih Allah, maka jika kita mencintainya kita juga dicintai Allah, insyaAllah.

Eh, siapa pula muslimin kedua tadi? Dialah lelaki yang ana cintai selepas Rasulullah SAW iaitu ayah ana sendiri. Jika ia adalah mungkin, bakal zauj ana nanti, ana harapkan sekurang-kurangnya ada sifat-sifat seperti ayah ana tadi.

Wallahu’alam.

Wednesday, 21 December 2011

✿ Bila AKHAWAT jatuh cinta


Assalamualaikum w.b.t.

Akhwat Jatuh Cinta??
Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia…
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa…

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada…

Namun sebaliknya…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap…
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi…
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan…

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…


Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap…
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti…
Bersabarlah…
Biarkan Allah yang mengaturnya…
Maka yakinlah…
Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya… 

By: Ummu Sa’ad ‘Aztriana’
……………………………………………………………………………………………………

Buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian;


Ya Allah…
Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…

Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu

Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi keewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..

Ameen ya rabb


http://srikandiunik.wordpress.com/2010/07/25/bila-akhawat-jatuh-cinta/

Nota hati: Sahabat, jika benar engkau cintakan dia, maka ada dua pilihan buat dirimu. Samada mengikat hubungan antara engkau dan dia dengan suatu ikatan yang sah, ataupun tinggalkan dia. Aku tahu, sangat sakit dan pedih untuk meninggalkan orang yang dicintai, tetapi teman, jika engkau benar-benar mencintai si dia, justeru pilihlah antara dua pilihan itu, kerana aku pasti engkau tidak mahu menjadi penyebab kekasihmu dijilat jahannam kelak. Aku tahu bukan senang,tetapi berusahalah! Dan aku akan senantiasa menyokong dan mendoakanmu sahabat

✿ Miss/Mister complaint

Pernahkah anda menghitung berapa kali anda mengeluh dalam satu hari, bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur?. Jika disenaraikan, boleh jadi sepanjang hari itu kita lebih banyak mengeluh dari hal-hal yang remeh di rumah sehingga hal-hal yang berat di tempat kerja atau di tempat tinggal kita.

Suatu hal yang wajar jika sesekali kita mengeluh, kerana sudah menjadi kudrat manusia suka berkeluh kesah seperti disebutkan dalam Surat Al-Ma'arij ayat 19-21,
"Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sifat suka mengeluh. Apabila ditimpa musibah dia mengeluh dan apabila diberi kesenangan berupa harta ia jadi kikir."
Tapi yang sering terjadi adalah, tidak ditimpa musibah pun kita kadang kala kita sering mengeluh. Jalan sesak kita mengeluh, padahal kita tahu bahawa kesesakan adalah pemandangan sehari-hari di Kuala Lumpur. Pekerjaan rumah tangga bertimbun kerana tiada pembantu, kita mengeluh. Anak nakal, kita mengeluh. Tugas di pejabat bertambah, kita mengeluh. Seolah semua perkara jadi bahan keluhan.



Padahal kalau ditelaah, banyak hal-hal yang kita keluhkan hanyalah urusan dunia, kerana ketidakpuasan kita terhadap hal-hal yang bersifat duniawi. Tapi manusia memang sudah terbiasa banyak mengeluh, sehingga kadang lupa mensyukuri hal-hal yang kita anggap tidak penting padahal sangat penting. Sebut saja nikmat sihat. Pernahkah kita bersujud dan mengucap syukur dengan tulus kerana Allah telah memberi nikmat sihat setiap hari sehingga kita boleh melakukan aktiviti dengan lancar. Jika pun ada halangan, seharusnya tidak membuat kita jadi mengeluh tapi melihatnya sebagai ujian dan dugaan.

Sebagai makhluk yang lemah, setiap manusia tentu saja pernah mengeluh, sedar atau tidak sedar. Asalkan tidak menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi karakter yang sukar untuk dihapus dari keperibadian seseorang. Orang yang memiliki karakter suka mengeluh akan munculnya suasana yang tidak enak bagi lingkungan dan orang di sekitarnya. Pernahkah Anda berjumpa dengan orang yang tabiatnya suka mengeluh dan Anda merasakan sangat tidak nyaman bahkan jengkel berada di dekatnya.

Kita memang harus berwaspada dengan sifat suka mengeluh ini, jika tidak ingin sifat buruk ini menjelma menjadi sebahagian dari karakter. Untuk itu perlu latihan pengendalian diri agar tidak selalu melontarkan keluhan. Bagaimana caranya?
  • Biasakan menyampaikan keluh kesah pada Allah semata

Ketika kita ditimpa kemalangan atau musibah, lebih baik kita menyampaikan keluh kesah dan kegundahan hati kita pada Allah Swt. kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui segala persoalan dan kegundahan dalam jiwa kita.
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya,"
(QS Yusuf;86).
Kita boleh berkeluh kesah pada orang lain, hanya jika keluh kesah itu merupakan hal yang penting.

Ini mungkin berkaitan dengan upaya Anda untuk mendapatkan hak Anda, atau hak orang lain yang Anda kenal. Kadang-kadang memiliki keluhan dan menyampaikan keluhan pada orang lain itu penting, asalkan disampaikan dengan baik-baik dan tidak berlebihan.
  • Bicarakan solusi yang praktikal



Daripada mengeluh tiada akhir, lebih baik memikirkan atau membicarakan solusi praktikal atas permasalahan yang kita hadapi. Tidak ada masalah yang tidak boleh dicari penyelesaiannya. Jika menemui jalan buntu, mohonlah bantuan pada Allah Swt.
  • Jangan membesar-besarkan hal yang kecil
Anas bin Malik berkata, "Saya melayani Rasululullah Saw. selama dua puluh tahun dan beliau tidak pernah mengatakan 'ahh' pada saya. Dan beliau tidak pernah mengatakan apapun yang tidak saya lakukan, 'mengapa kamu tidak melakukannya?' atau apapun yang telah saya lakukan, 'mengapa engkau melakukan itu?'" (HR Muslim).
Jadi biarkan saja hal-hal remeh yang tidak penting itu lenyap dan tidak lagi mengganggu fikiran kita.
  • Bicaralah tentang nikmat Allah

Daripada memilih membicarakan segala sesuatu yang salah dalam hidup Anda, pilihlah topik pembicaraan tentang hal-hal yang menyenangkan dalam hidup Anda. Dengan bersikap seperti ini, bukan hanya membantu Anda terhindar dari keluhan, tapi juga mematuhi perintah Allah untuk selalu mensyukuri nikmat Allah, "Lalu nikmat Allah manakah yang engkau dustakan?".
  • Ingatlah mereka yang kurang beruntung
Salah satu cara untuk menyedar kita kembali untuk melihat realiti dan menghargai berkah yang Allah berikan pada kita adalah mengingati mereka yang kurang beruntung dari kita. Bacalah berita-berita tentang orang lain yang menderita di Asia, Afrika, dan seluruh dunia. Bacalah tentang kehidupan anak yatim piatu di Palestina, tentang kehidupan para pejuang di lingkungan kita sendiri. Sesekali berinteraksilah dengan mereka dan jangan menenggelamkan diri dalam rasa putus asa, tetapi menggunakan cerita mereka sebagai alat untuk bersyukur dan bersyukur kepada Allah atas apa yang kita miliki.
  • Kurangkan stress dalam hidup Anda
Kita mungkin mengeluh kerana kita mengalami stress yang cukup berat dalam kehidupan ini. Anda perlu tempat untuk menyendiri. Berhentilah sejenak, carilah tempat yang tenang untuk bersantai, duduk di ruang yang gelap, tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit, berjalan-jalan di luar rumah, mendengarkan lagu-lagu nasyid dan membaca beberapa ayat Al Qur'an akan memberikan ketenangan bagi hati dan fikiran yang sedang tertekan.
  • Bacalah kisah-kisah dalam Sirah
Catatlah bahagian-bahagian yang penting dan pengalaman para nabi, sahabat nabi dan generasi-generasi muslim di masa lalu, belajarlah dari pengalaman, sikap dan cara mereka menghadapi masalah.
  • Bicarakan masalah-masalah lain yang lebih penting
Misalnya hal-hal baru yang mengundang minat Anda untuk belajar, projek-projek untuk pekerjaan Anda atau pengalaman berjalan-jalan melihat keindahan alam yang membuat Anda merenungkan keindahan ciptaan Yang Mahakuasa.
  • Ceritakan pengalaman-pengalaman lucu yang pernah Anda alami, asal bukan cerita bohong.
Ketika berkumpul bersama teman atau keluarga, akan lebih ceria jika kita mendengar cerita-cerita lucu daripada mendengar keluhan, yang mereka sendiri tidak boleh membantu memberikan jalan keluar. Ceritakanlah hal-hal ringan yang lucu dan berkesan yang pernah Anda alami, ini akan membuat suasana dan orang di sekeliling Anda lebih menyenangkan.
  • Kenali sikap suka mengeluh yang menjadi kebiasaan
Perhatikanlah selalu perkataan kita dari semasa ke semasa, apakah kita merasakan bahawa mengeluh lebih merupakan kebiasaan dari suatu usaha yang berguna? Mengakui hal itu sebagai kebiasaan adalah langkah pertama yang penting untuk mulai melawan sikap suka mengeluh.
  • Cari lingkungan yang lebih baik
Apakah kita merasakan lebih banyak mengeluh jika kita berada di sekitar orang-orang tertentu? Mungkin kerana kita tidak memiliki banyak kesamaan minat dengan orang-orang tersebut, atau kerana mereka tidak tertarik untuk bersikap positif dan berterima kasih. Jika itu terjadi, maka sudah sampai masanya kita mencari lingkungan teman yang lebih baik.
  • Sedikit Bicara


Jika kita sudah mencuba segala sesuatu yang kita fikirkan dan masih lagi terlalu banyak mengeluh, mungkin kerana kita sudah terlalu banyak bicara. Jangan biarkan syaitan yang mengarahkan kita untuk berbicara hal-hal yang tidak berguna atau berbahaya. Pertahankanlah kelembapan lidah dengan selalu mengingati Allah. Bertaubatlah kepada-Nya dan bershalawatlah atas nama Rasulullah Saw. sekerap mungkin. 

sumber asal : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=1139:jangan-jadi-qmiss-complaintq&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84