Showing posts with label Dunia Sains. Show all posts
Showing posts with label Dunia Sains. Show all posts

Sunday, 25 December 2011

✿ Kefungsian yang fitrah

------------------------SINGLE CELL TELLS EVERYTHING--------------------------

[PART 1]

*mohon pembetulan jika ada salah


-Cell : Gambar hiasan-

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak kecil, saya suka tonton bolasepak. Team saya paling suka waktu tu Arsenal, Juventus dan Real Madrid. Kalau Liga FA, saya sokong Perak, pasal waktu tu ada Khalid Jamlus yang hebat waktu tu.

Kenapa suka bolasepak? Kenapa tak pilih badminton ataupun sumo?

Kerana dalam sukan bola ada seni, 2 seni paling ketara:

1- Bagaimana pemain boleh bertahan lari keliling padang kejar 1 bola selama 90 minit takde rehat? (kecuali substitute)
2- Bagaimana 22 pemain boleh 'menari-nari' di padang dan boleh melakukan gol2 cantik dan skill di bawah jutaan penonton?

Kalau badminton, ada 4 player je, tu pun kalau regu. Match pun boring, mende sama je kat court kecik (buat peminat badminton, jangan marah yek). Lagi tak bes, badminton takde seni, point dah fix (21 untuk regu, 18 untuk solo, yeke?).

Dalam bola, point adalah bebas. Siapa skor dulu, siapa gol banyak, dia menang. Masing2 bebas nak skor gol macam mana, sesiapa pun bebas nak buat skill apa, asalkan tak sepak pengadil sudahla.

Saya kagum lihat Allesandro Del Piero yang bukan je kacak, tapi hebat, malahan ada ijazah kedoktoran
Saya kagum lihat ketenangan Zidane, bukan je terer, pastu tak berlagak, skandal pun takde, entah siapa bini dia pun kita taktau
Saya kagum lihat kerilekan Dennis Bergkamp, selalu skor gol tapi tak sombong gak, main menten dan tetap respek semua orang

Tapi beberapa tahun ni sejak pelbagai isu dalam FIFA, saya jadi kurang fanatik dengan bola. Kerana apabila fungsi bola dimatikan dengan duit, gejala rasuah dan isu gaji pemain menjadi paparan2 akhbar, sedangkan skill pemain2 menjadi sampah, akhirnya seni bola semakin tipis.


When money tells everything, then nothing can explain further~

Kerana itu juga banyak pemain2 Malaysia yang hanya jaguh kampung, hanya gila glemer, gaduh je hebat, femes sikit terus banyak skandal, tak macam pemain bola dulu2 (maaf lagi sekali, tapi ini fakta).

Kenapa pemain bola dulu2 boleh survive dan berjaya hasilkan seni dalam bola sepak?

Kerana mereka fungsikan bolasepak

Dulu2 bolasepak kurang dipengaruhi politik, kurang dipengaruhi suapan gaji, kurang disogok rasuah dan lain2.

Sekarang ni jika femes je, terus dikaburi dengan tajaan pelbagai, sponsor jutaan ringgit, model2 cantik menanti, kereta2 mahal menjadi rebutan dan lain2.

Penjaga gol hanya cekap untuk padang, tapi malas pergi training
Penyerang hanya skor gol untuk femes, bukan untuk peminat pasukan
Pemain2 muda hanya terer untuk naik makam, bukan untuk kecantikan seni bola

Lagi tak bes, bolasepak menjadi agenda seks

Pengulas seksi2 yang takde kaitan
Model2 menggiurkan menjadi iklan
Cewek2 melayu pun turut muncul

Akibatnya, kefungsian masing2 dalam arena bolasepak tergugat

Itu sikit intro pasal bolasepak.

Kuncinya di sini, fungsikan diri kita dalam apa jua keadaan.

Kita masuk alam sains, alam yang penuh kefungsian tertentu


Kalau nak sentuh soal sains, cabangnya luas, dengan alam virusnya, alam sekitarnya, alam bakterianya, alam protinnya, alam batunya dan lain2.

Kita sentuh mende kecik je, alam sel

Dulu2 ada orang tanya saya, mana yang terhasil dahulu, apakah sel atau DNA?

Kerana sel dan DNA adalah 2 elemen penting untuk memulakan hidup

DNA menyimpan kod2 segala makhluk
Sedangkan sel adalah pemula segala kehidupan

Kita mudah boleh menjawab bahawa DNA adalah pencetus semua
Maka, mungkin teori Darwin dan filem jurassic park itu mudah terlaksana
Ada DNA, sudah boleh buat semua perkara

Tapi bila pikir balik, benarkah DNA sahaja sudah cukup?

Kita kena tahu, alam sel dan alam DNA saling bekerjasama untuk kekal berfungsi

Kenapa?

Alam DNA memerlukan nukleus sebagai rumahnya
Iaitu kromosom yang membentuk dan 'menjaga' struktur DNA
DNA akan mati jika berada di luar sel
DNA akan hilang fungsi jika tidak disokong oleh segala bahan2 yang ada dalam sel

DNA tidak boleh buat apa2 jika dia 'solo'
Maka, DNA takde fungsi jika takde sel!!

Tetapi, sel juga memerlukan DNA
Kerana kod2 yang ada pada DNA amat berguna
Jika DNA tiada, sel tidak boleh sintesis apa jua
Kerana perpustakaan untuk sel hanyalah di DNA
Hanya DNA sebagai bahan rujukan sel untuk terus hidup

Itu pasal nukleus adalah otak sel
Kerana dalam nukleus ada DNA

Maka, sel amat memerlukan DNA untuk 'guide' mereka mencipta apa2 di luar sel

Kerana dalam DNA
ada kod untuk sintesis protin
ada kod untuk hasilkan organel (kecuali mitokondria dan beberapa organel lain yang ada DNA sendiri)
ada kod untuk sesuaikan diri, bermaksud apa tindakan sel jika keadaan sejuk, panas, sakit, tekanan dan lain2
ada kod untuk apa2 sahaja

Malahan untuk tindakan refleks kita di otak

Jadi di sini kita dapati bahawa

Sistem sel memerlukan sistem DNA
Sistem DNA memerlukan sistem sel

Agar masing2 kekal hidup dan berfungsi

Kembangkan sikit alam sel


Di dalam sel, ada banyak organel yang kita belajar dahulu
Ada mitokondria
Ada kloroplas
Ada sitoplasma
Ada jasad golgi
Ada ribosom
Dan lain2

Hakikatnya, semua organel itu saling melengkapi
Sebagai contoh
Jika tiada mitokondria, habis semua tak boleh jalan kerana hanya mitokondria (dan kloroplas) menjana tenaga ATP
Organel lain tak dapat hidup jika takde tenaga
Maka, mitokondria adalah kilang sel
Hanya dia bekalkan tenaga buat sistem sel

Tetapi, mitokondria hanya buat tenaga
Dia kena ada bahan2 tenaga seperti gas oksigen dan ketetapan struktur
Maka, sitoplasma juga membantu mitokondria dengan membekalkan tenaga melalui proses2 yang berkait2
Sitoskeleton pula 'memegang' mitokondria agar tetap teguh di dalam sel dan tidak hilang keseimbangan

Jadi, barulah mitokondria dapat berjalan dengan baik

Itu sikit untuk sistem sel


Sistem DNA pula, segala proses takkan berjalan tanpa ribosom sebagai contoh
Ribosom hanya dibekalkan oleh sel
Ribosom yang membantu segala proses translasi kod2 yang ada pada DNA
Ribosom yang membantu kod2 itu menjadi protin

Dan paling utama
Proses sistem DNA memerlukan tenaga untuk bergerak
Masakan tenaga itu hadir tanpa sumbangan dari mitokondria?

Maka di sini hanya mudah kepada jawapan di atas

Sistem sel memerlukan sistem DNA
Sistem DNA memerlukan sistem sel

Siapa keluar dulu?

Takde jawapan
Kerana bukankah dalam Al-Quran sendiri dah menjelaskan bahawa Adam itu diciptakan dari Allah?

Memanglah kita boleh dakwa bahawa proses terjadinya manusia melalui sperma dan ovum itu
Tetapi itu hanya asbab kepada kesinambungan generasi
Hakikatnya, punca kepada segala kejadian manusia ini hanya dari Allah

Seperti persoalan manakah yang keluar dulu - ayam ataupun telur ayam
Kita takkan dapat jawapannya sampai gila

Jadi, tak perlulah nak cari perkara2 yang memang sudah terbukti dalam Al-Quran
Kerana nanti jadi gila
Dan lagi tak bes, kita menipu fakta untuk 'halal'kan dakwaan kita dan menafikan hak Al-Quran

Seperti apa yang berlaku hari ini
Terlalu ramai bijakpandai memutarbelitkan ayat Allah
Sedangkan kuncinya hanya 1
Tetapi kita sendiri rumitkan keadaan
Yang akhirnya runtuh masyarakat

Masing2 bersidang berjam-jam
Sedangkan itu hanya membuang masa
Mungkin juga sekadar alasan mahu makan free
Padahal dalam Islam sudah banyak perkara yang jelas
Kecualilah perkara ijtihad yang perlu diperhalusi

Kesimpulannya di sini

Allah Maha Besar
Sedangkan sistem sel itu pun Dia bijak aturkan
Apakah Dia tak tahu mana yang terbaik buat kita?
Apakah Dia tidak boleh ganggu kesihatan kita dengan menghilangkan sesetengah fungsi dalam kod DNA?

Maka
Berbalik la kepada Allah
Sama2 kita kembalikan Al-Quran sebagai kuasa utama
Sama2 kita kembalikan sunnah sebagai panduan utama

Hanya Allah Maha Mengetahui

Fungsikan diri kita
Mengikut landasan yang benar
Jadilah seorang Muslim yang sebenar
Walau apa jua status kita
Agar bumi ini kekal berseni dan berseri


Wassalam


[......to be continued....]

Wednesday, 21 December 2011

✿ Gadis cun dan tanah

--------------------SINGLE CELL THAT END IN SOIL-------------------

[PART 2]

Gadis cun (gambar hiasan)


Assalamualaikum w.b.t.

Saya anak lelaki, seorang manusia. Saya ada ramai kawan, saya juga ada ramai musuh. Kawan2 saya ada pelbagai jenis. Ada yang kaya, yang miskin, yang bijak, yang hebat, yang hensem, tidak lupa juga mereka yang cantik.

Saya suka ganggu gadis2 cantik. Kawan2 saya pun selalu berborak dan bergosip tentang gadis cantik, hinggakan kadangkala seolah-olah dunia ini akan kiamat tanpa kewujudan gadis cantik. Menariknya, adakala para2 gadis sendiri berebut untuk menayangkan hiasan mereka, menonjolkan diri agar kelihatan menawan di peraga dunia, malahan ada sanggup bertanding untuk membuktikan bahawa mereka adalah gadis idaman para jejaka.

Kadangkala, jika gadis itu seksi, maka makin banyak orang yang sibuk bercerita perihal dia, hinggakan ada yang cabar-mencabar antara satu sama lain - siapa berjaya pikat gadis itu, maka dia adalah lelaki hebat akhir zaman.

Semua ini common sense - battle of natural selection
Semua ini adalah lumrah manusia - the value of appreciation

Saya lelaki kurang hensem, maka saya biasanya tewas dalam pertandingan berebut gadis2 cantik ini, kerana saya tahu dunia sekarang, sudah tiada lagi kisah 'beauty & the beast'. Saya tak percaya hikayat Sang Kancil, saya juga tak percaya dongeng Bawang Putih Bawang Merah. Saya berpegang kepada realiti - best man wins whatever the risk, avoid the fact.



Dunia sekarang, siapa hebat putar-belit, siapa makam tinggi di mata manusia, siapa ada duit banyak, siapa ada kroni hebat, siapa ada autoriti kukuh, maka segalanya akan diketepikan walaupun hakikatnya mereka semua hanya melakukan dusta, walaupun sudah jelas fakta di depan mata.

Cuma satu perkara saya sedar, kita semua tetap akan jadi tanah. Bila kita masuk tanah, di situlah penentu segalanya.

Kerana di situlah bermulanya hidup kita yang sebenar - alam roh

Kita akan ditanya pelbagai soalan
Apa kita buat dengan duit kita?
Apa kita buat dengan kuasa kita?
Apa kita buat dengan status kita?
Apa kita buat dengan kecunan dan kehenseman kita?
Apa kita buat dengan apa yang Tuhan beri masa hidup ni?

Ke mana segalanya diasimilasikan sebagai sumber abadi?
Asimilasi sebagai saham dosa? Atau sebagai sumber pahala?


The fact is, this is us


Adakalanya kita memijak tanah, adakalanya kita merenung awan
Semasa itu, pernahkah terlintas di hati, bahawa satu hari nanti kita semua akan jadi tanah?
Pernah tak semasa terbang tinggi di awan, kita tahu bahawa semua akan tetap kaku terbaring di tanah menjadi habuan ulat satu hari nanti?


Fakta tanah, asalnya kita semua diciptakan dari tanah
Kemudian, dari tanah itu kita berkembang-biak pelbagai variasi
Dari tanah itulah jadi Adam dan Hawa
Dari tanah itulah berkembangnya kita semua melalui proses warisan
Dari tanah itulah kita berkembang kepada pelbagai etnik dan bangsa
Dari tanah itulah wujudnya manusia, katak, cicak, lipas, pokok bunga ros dan pokok durian

Dari tanah, sel kita terhasil
Sel yang menjadi asbab kepada kesinambungan makhluk dan spesis

Dari sel itu, kita jadi manusia atau pokok
Dari sel itu, kita kekal hidup atau mati
Dari sel itu, penentu kita sempurna atau cacat
Dari sel itu, kita kekal diwariskan atau menjadi pupus

Dari organisasi sel, kita jadi sempurna

Walaupun hakikat sel yang kita belajar dulu2 hanya ada 2 - sel haiwan dan tumbuhan
Tapi realitinya sel tu ada banyak jenis
Dalam sistem manusia, kita ada sel otot, sel otak, sel kulit
Dan jika dicabangkan lagi, kita ada sel manusia, sel kerbau, sel lipas, sel semut dan lain2

Dari sini kita bermula


Kadangkala pelik, bagaimana dari satu tanah yang sama
Kemudian berkembang kepada pelbagai jenis manusia
Ada yang kacak, ada yang cun, ada yang gagah, ada yang hebat dan lain2

Saya kagum apabila pelbagai spesis terhasil hanya dari tanah
Dan akhirnya makhluk2 itu tetap akan menjadi tanah

Jika dihitungkan kebesaran Allah ini
Jika nak dikira berapa banyak makhluk di bawah jagaan Allah
Rasanya tak terhitung

Baru sentuh sel manusia, sudah banyak kita jumpa tentang aturan Allah
Kita belum sentuh lagi sel pokok jagung, pokok rambutan
Kita belum sentuh lagi sel monyet, sel lipas, sel cicak
Dan kita belum sentuh lagi sel makhluk2 yang dah pupus


Dari tanah, dari sel, dari DNA, kita berkembang
Satu sistem yang sangat kompleks dan unik
Dari sekecil-kecil urusan, Allah telah aturkan dengan sempurna
Hanya supaya kita dapat atur dunia ini baik2
Dengan taklifan khalifah di muka bumi ni


Dan dalam pelbagai variasi manusia ini, wujudlah kasta cun dan kurang cun
Wujudlah kasta pandai dan kurang pandai
Wujudlah kasta hebat dan ceroi
Hinggakan kita sendiri jadi serba-salah kategori manakah kita
Hinggakan kita terpaksa berlakon di hadapan orang untuk menjadikan kita cun atau bijak
Supaya kita dikagumi dan disanjung orang lain


Ini semua realiti dunia sekarang, apabila ramai kita sudah ketepikan fungsi akal dalam merempuh arus hidup

Sebagai contoh, kita berbalik kepada peragaan fesyen tadi
Walaupun Darwin mendakwa kita semua dari beruk
Tapi kenapa kita tidak mempamerkan beruk2 semasa peragaan fesyen?


Ini sudah jelas membuktikan bahawa, manusia itu berbeza dengan makhluk lain
Walaupun kita semua dari tanah, tetapi jika beruk dijadikan model fesyen, nescaya tiada manusia yang sudi menonton tayangan fesyen seksi oleh beruk2


Kenapa?


Kerana kita ada akal, maka kita boleh membezakan bahawa itu adalah beruk cun atau manusia cun



Dari akal ini la menjadi penentu sama ada kita ini beriman atau tidak
Hinggakan ada satu riwayat mendakwa bahawa tidak sempurna iman seseorang tanpa akal yang sempurna


Nah, lihatlah betapa pentingnya fungsi akal


Tetapi, mahu jadi insan berakal ini tidak semudah yang dicanang
Ianya adalah satu proses kalah-mati (win-lose)
Ianya adalah satu proses tarbiyah
Ianya adalah satu proses eksperimen
Ianya adalah satu proses belajar


Tanpa 4 cara ini, kita tidak akan dapat menentukan sejauh mana akal kita matang atau tidak


Sebagai contoh, kita letak 3 sampel makhluk di dalam air - 2 manusia dan 1 cicak
Keputusan pertama - cicak mati lemas kerana tidak pandai berenang
Keputusan kedua - manusia minta tolong kerana kelemasan
Keputusan ketiga - manusia selamat kerana dia tahu berenang


Apa yang kita dapat dari eksperimen akal ni?
Maksudnya, walaupun kita cuba berkali2 eksperimen yang sama kepada cicak, rasanya keputusan tetap sama. Cicak tiada akal untuk intrepretasi tentang bahayanya air, maka cicak akan tetap berada pada tahap yang sama


Tetapi, jika kita laksanakan eksperimen terhadap manusia, kita akan jumpa pelbagai keputusan. Sama ada dia terus lemas, atau dia tidak mahu turun dalam air, atau dia berjaya berenang dan lain2


Maksudnya, akal itu menyebabkan kita selamat atau mati dalam air
Kerana manusia mampu terjemahkan bahawa, air itu adalah satu elemen yang berbahaya. Jika tidak boleh berenang, manusia mungkin akan lemas jika air itu di paras berbahaya. Maka, solusinya adalah belajar berenang, supaya selamat ketika berada dalam air


Ini satu contoh bahawa kita ada akal


Realitinya, air itu ialah kehidupan. Kita sebagai manusia yang ada akal, akan cuba survive walau apa juga keadaan berlaku. Berbeza dengan haiwan, yang hanya mengharap kepada teori evolusi atau kembangan rawak kerana tiada akal, tetapi manusia ada akal yang bisa menyelamatkan diri kita dalam banyak keadaan


Ingatlah, akal adalah penentu kebaikan dan keburukan yang kita buat
Usah biarkan nafsu menjadi raja akal
Jangan kita rosak kerana akal
Ingatlah pemilik segala akal yang sentiasa memantau tindakan kita


Kita sentuh organisasi sel
Dalam sel sendiri sudah menunjukkan bahawa pentingnya akal dalam mengurus hidup
Tetapi, walaupun sel ada 'akal', namun hakikatnya akal itu adalah aturan dari Allah
Segala proses yang cantik dan tersusun, semuanya adalah hasil pengurusan Allah


Teramat banyak makhluk di bawah ciptaan Allah
Dan Allah tak pernah penat dan ralat dalam menjaga semua makhluk ini
Maka dengan itu juga kita semua mampu meneruskan hidup tanpa kecacatan yang kronik


Walaupun platypus juga ada sel otak, hakikatnya mereka berbeza dengan manusia
Kerana manusia ada akal, dan dari akal ini la menjadikan kita amat istimewa berbanding 'tanah-tanah' yang lain
Dengan akal ini la menyebabkan makam sel kita lebih tinggi dari sel tupai


Lalu, apakah manusia masih mahu derhaka sedangkan kita semua ada akal?


Kita semua manusia, dan lumrah kita mudah terlupa
Tapi kita lupa, tanah yang hari2 kita pijak dengan angkuh inilah jadi saksi diri kita nanti
Tanah yang kotor ni yang hari2 kita pijak ini kelak akan memijak kita
Tanah yang hina ni akan jadi saksi segala perbuatan kita semasa hidup


Even Cao Cao left his troops when he dies. Where is the throne?


Ingatlah teman
Jika kita pijak tanah dengan penuh gah dan bangga, tanah ini akan himpit kita satu masa nanti
Jika kita pijak tanah dengan penuh rasa kehambaan, tanah ini juga akan jadi rumah kita


Jika masa hidup tanah itu berbakti kepada tanah lain, insyaallah roh itu selamat
Jika masa hidup tanah itu hanya derhaka suruhan pemilik tanah, maka roh itu dalam bahaya


Tetapi saya lihat dunia sekarang
Masih ramai kita tidak mahu sujud menyembah Allah
Adakah tanah ini begitu jijik hingga lutut ini sukar untuk menyembah bumi mengakui agungnya ciptaan Allah?


Adakah kita sudah lupa hakikatnya kita semua dari tanah yang jijik?


Akibatnya, ramai lupa fungsi sebagai manusia semasa hidup
Ramai lupa untuk menjaga roh sebelum kembali ke dunia tanah


Yang hakikatnya, apabila makhluk2 ini mati
Segala elemen ini tetap reput sebagai mayat atau bangkai
Yang lama-kelamaan akan jadi tanah


Waktu itu, hanya roh yang tinggal sebagai penerus kehidupan abadi


Hakikat tanah
Kita semua dari tanah
Bezanya kita ni tanah bernyawa


Mengapa apabila kita hidup, fakta tanah ini ibarat dilupakan?


Apa bezanya tanah liat dengan model cantik?


Bila kita tengok tv, kadangkala saya hairan, kenapa di tv ditayangkan gadis2 seksi dan menggiurkan sebagai model atau hos rancangan?
Sedangkan sesi rancangan itu lebih kepada lelaki, seperti permainan bolasepak dan permainan game


Kenapa gadis seksi juga dijadikan hos?


Apakah bezanya gadis seksi dengan lelaki kacak? Bukankah semuanya adalah tanah?
Apa bezanya jasad kita dengan jasad gorila?
Dan apa bezanya jika gorila menjadi model fesyen untuk tatapan di tv?


Saya tahu, jika gorila menjadi model, sudah tentu tiada yang hadir untuk menonton walaupun tiket percuma
Kerana mereka gorila, bukan manusia yang cantik


Kenapa tidak peragakan sahaja pasu2 bunga di pentas?
Ataupun kita hiaskan tanah liat dengan bentuk manusia cun sebagai model fesyen?


Bukankah pasu bunga juga cantik dan berasal dari tanah?
Bukankah tanah liat itu juga adalah dari elemen tanah?


Adakah semua ni eksploitasi terhadap manusia, khususnya wanita?
Atau hanya saya sahaja yang tidak mahu terima fakta akhir zaman, bahawa wanita akan jadi salah satu agen perang saraf musuh2 Islam?


Sedangkan kita lupa bahawa, satu hari semuanya tetap jadi tanah


Apabila fakta diketepikan hanya kerana nafsu, maka ramai orang tertarik kepada gadis2 cantik sebagai model, berbanding gorila2 yang sebagai model


Saya terfikir bahawa suatu hari nanti
Wajah2 cantik dan seksi model2 itu kelak akan jadi tanah
Kegagahan dan ketampanan lelaki itu kelak akan tetap dimamah ulat
Kemewahan dan kemegahan seorang insan itu tidak akan dibawa ke tanah

Never-ended money tree?

Apabila sihat, kita lupa bahawa kesihatan itu adalah hasil pengurusan sel di bawah jagaan Allah
Apabila cun, kita lupa bahawa kecunan itu adalah hasil penjagaan rapi sistem sel di bawah pantauan Allah


Pernah tak kita lihat mereka yang ditimpa penyakit hasil kesilapan dalam sistem sel?
Pernah tak kita lihat mereka yang dilahirkan cacat hasil keralatan dalam organisasi sel?


Walaupun hakikatnya semua dari Allah
Tapi pernahkah kita bersyukur kerana sel2 kita masih setia menjaga kita?
Pernahkah kita bersyukur kerana Allah memberi nikmat semua itu agar kita berfungsi dengan lebih baik?

Bila dah tua, segalanya mungkin sudah terlambat


Cuba bayangkan jika kita dilahirkan cacat tiada tangan
Cuba bayangkan jika kita ditimpa penyakit kronik
Adakah waktu itu kita sudah menyedari hakikat maut yang bila2 masa?
Adakah waktu itu kita akan mula menyembah Allah?
Atau kita masih derhaka kepada Allah?


Apabila kita lupa bahawa kita semua hanya dari sel yang hina
Maka kita sesama manusia sendiri bergaduh dan berperang tak sudah


Apabila kita lupa bahawa jasad kita semua ini hanya dari tanah yang kotor
Maka kita mula merosakkan alam dan berlagak sombong kononnya hanya kita paling mulia di dunia


Apabila kita lupa bahawa satu hari jasad ini akan tetap dimakan tanah
Maka kita mula menyibukkan diri dengan dunia hingga lupa fungsi kita yang sebenar


Yang akhirnya kita mencemari alam
Yang akhirnya kita menyakiti manusia
Yang akhirnya kita menzalimi makhluk
Dan lagi bahaya


Kita merosakkan diri sendiri dengan dosa yang banyak


Tanah itu hari2 menyeru kita
Mereka menanti detik memakan kita
Mereka menunggu saat melahap kita
Mereka tak sabar2 mahu menelan kita


Jika semasa hidup ini kita lupakan tanah yang abadi

Apakah penghujung kita sebenarnya nanti?
Tidakkah kita risaukan semua itu?
Apakah kesudahan kita nanti?
Sudah bersedia?

Death just around the corner, my friend


Wassalam

[.........to be continue.......]

Tuesday, 20 December 2011

✿ Komunikasi

---------------------COMMUNICATION BREAKDOWN-------------------

[PART 3]


Assalamualaikum w.b.t.

Dalam post sebelum2 ini, saya ada memberitahu kalian bahawa saya seorang lelaki dan dalam proses normalisasi dengan dunia yang kian tua ini. Dalam hidup bersosial, saya bertemu pelbagai ragam manusia, ada yang tua, muda, ada yang bijak, ada yang kurang bijak, ada yang sakit jiwa, ada yang cantik kacak dan lain-lan.

Dalam mengharungi pelbagai jenis manusia, di situ kita akan dapati terlalu luasnya pemikiran manusia. Sebagai contoh, jika ada orang ternampak Kasim makan roti canai di kedai mamak, kemudian esoknya Kasim dapati pelbagai tafsiran keluar, contohnya:

1- Kasim suka makan kedai mamak

2- Kasim suka makan roti canai

3- Kasim kelaparan

4- Kasim seorang lelaki normal

5- Kasim suka makanan berminyak

6- Kasim mahu kerja di kedai mamak

7- Kasim berkenan kepada anak gadis tauke kedai mamak

8- Kasim miskin, maka dia hanya mampu makan roti sahaja

9- ...



Mungkin Kasim suka cendol, siapa yang tahu?

Walaupun ada dakwaan yang betul, malahan ada juga yang menyimpang jauh, tetapi secara mudahnya, semua ini berlaku kerana kita adalah manusia, dan kita ada pelbagai variasi pemikiran berbeza untuk memberi justifikasi yang bercabang terhadap sesuatu isu.

Jika kita adalah robot, kita tidak perlu memberi justifikasi terhadap sesuatu, kerana kita hanya perlukan bateri dan setting untuk bertindak.

Hakikat manusia pelbagai, maka di situlah pentingnya komunikasi yang berkesan. Komunikasi berkesan amat penting agar kita sama2 dapat mengurangkan dosa dan memberi justifikasi songsang yang adakalanya jauh menyimpang sehingga memudaratkan 'mangsa'.


Luasnya alam Allah

Kita masuk dalam sistem badan kita, di mana dalam setiap aturan badan ini sudah ada komunikasi tertentu yang cekap dan cantik.

Bermula dari bulu roma yang halus ini, sudah ada reseptor2 halus untuk mengesan perubahan suhu persekitaran

Kemudian, sistem kulit kita, sistem darah kita, sistem imuniti, sistem otak, jantung dan pelbagai2 lagi sistem yang saling berhubung satu sama lain

==================================
Pentingkah sistem perhubungan dalam badan?
==================================

Sangat penting, kerana itulah perlunya bulu roma ini

Jika bulu roma tiada, maka kita akan mati sejuk walaupun hujan lebat sikit sahaja


Kenapa mati?


Kita kena tahu, keadaan sejuk akan menyebabkan pertumbuhan sel2 menjadi lambat

Kerana itu la ada sesetengah kaedah awet, menggunakan peti sejuk supaya pertumbuhan mikrob dan makhluk2 lain diperlahankan, ataupun dimatikan terus

Kerana secara fitrahnya, sejuk itu menyebabkan kebanyakan sel hilang fungsi dan terganggu


Kerana sejuk juga, manusia yang selalu duduk dalam keadaan sejuk (air-cond) biasanya mudah sakit dan jadi lembap

Bermaksud, sel dalam badan akan jadi kurang responsif dengan keadaan sejuk

Kerana sel otak menjadi lambat bertindak


Jadi, kepada yang mahu awet muda, digalakkan duduk dalam keadaan air-cond selama sebulan tanpa henti

Nescaya kita akan jadi muda, kerana pertumbuhan sel menjadi perlahan selama sebulan

Atau, kita lagi cepat masuk kubur

Maka, itulah awet muda kerana belum tua pun sudah menemui ajal


Pentingnya hubungan kita dengan Allah


Itu soal suhu, dan kali ni kita sentuh pula tindakbalas dalam badan kita dalam menghadapi keadaan tertentu

Kita kena tahu, selain daripada memerangkapkan haba untuk badan kita ketika sejuk, bulu roma juga bertindak sebagai pencetus maklumat persekitaran


Maknanya, mereka adalah posmen pertama yang mengesan perubahan suhu luar, selain daripada kulit.

Maka, mereka akan menghantar isyarat 'sejuk' kepada sistem dalam badan, sama ada sistem darah, otak, jantung dan yang berkaitan


Jika mereka merajuk, jika mereka tidak mahu bertugas, maka kesannya - kita semua tetap kekal macam kondisi panas walaupun ketika itu sejuk gaban


Mangsa tetap bermain hoki walaupun cuaca di luar sudah mencecah tahap beku

Mangsa tetap berasa panas di dalam badan sedangkan hakikatnya sel2 kulit sudah mahu mati kesejukan

Kenapa?

Kerana sistem jantung, sistem darah, sistem otak dan saraf tak tahu apakah suhu di luar

Maka sistem jantung tetap mengepam darah seperti keadaan panas

Sistem darah terus mengalirkan darah seperti biasa, tiada proses vascocerutan

Sistem otak juga tetap aktif dan terus memerintahkan sistem2 lain bertindak seperti ketika suhu panas


Hasilnya, sel2 kita mati

Sel2 yang sejuk, terus hilang fungsi sebagai sel normal

Akibatnya, lama kelamaan kita pun sakit akibat sistem dalaman yang terjejas

Yang akhirnya mati jika tiada rawatan susulan


Kerana sistem dalam badan tidak memberi isyarat bahawa di luar adalah sejuk

Maka, 'mangsa' tetap berasa panas dan segar, sedangkan hakikat sebenar sel-sel kulit sudah mahu mati kesejukan melampau


Perkara itu nampak mudah, tetapi hanya kerana bulu roma sahaja yang malas bertugas, habis punah fizikal seorang manusia


Apalah sangat bulu roma yang halus ini, kalau cabut pun macam tiada fungsi

Sedangkan kita tak tahu fungsi mereka yang teramat luas, dan itu baru satu fungsi yang dijelaskan


Itu soal bulu roma

Mari kita masuk pula sikit dalam sistem darah kita

Yang menjadi salah satu posmen besar dalam badan kita

Kalau tiada darah, nescaya kita mati katak


Dalam darah, bahasa kampungnya ialah cecair yang warna merah tu

Sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis protin

Memanglah hakikatnya kita nampak darah itu hanya warna merah, sedangkan jika kita korek isi dalam merah itu, ada beberapa segmen lain yang bukan sekadar darah merah


Pelbagai jenis sel dalam 'cecair merah'


Darah merah yang dikenali sebagai eritrosit, walaupun ada banyak fungsi, tetapi secara utamanya fungsi mereka adalah membekalkan oksigen dan membuang gas karbon dioksida

Kemudian hadirlah sel darah putih, antibodi, hormon dan entah apa2 lagi dalam 'cecair merah' itu

Walaupun secara zahirnya kita nampak cecair merah, sebenarnya hanya eritrosit sahaja yang berwarna merah, dan yang lain2 itu adalah plasma. Plasma inilah yang selalunya vampire cari sebagai sumber makanan.

Saya taknak gunakan istilah darah. Saya lebih suka menggelar sebagai 'cecair merah'. Memandangkan darah hanya merujuk kepada eritrosit yang berwarna merah, sedangkan dalam sistem darah itu sendiri ada pelbagai lagi elemen lain selain eritrosit, maka saya lebih suka menggunakan istilah 'cecair merah' agar lagi mudah faham, yang bermaksud - gabungan sel eritrosit dan sel2 lain dalam darah.

=====================================
Penting ke semua bahan2 dalam 'cecair merah' ni?
=====================================

Sel darah putih penting dalam sistem pertahanan badan

Sel hormon penting dalam membantu proses biologi dalam badan (walaupun hormon kurang sesuai digelar sel, kerana ia lebih kepada protin, tapi hentam saja)

Sel platelet pun penting dalam membantu sistem pertahanan badan

Sel antibodi penting untuk sistem imunisasi, pertahanan badan, dan sistem komunikasi dengan sel lain

Kerana itulah pentingnya sistem darah dalam badan kita, kerana ia bukan sahaja membekalkan oksigen, sebaliknya lebih besar dari itu

Seperti posmen yang bergerak merata-rata, maka di situlah pentingnya 'cecair merah' ini dalam badan kita

=============
Fenomena kebas
=============

Pernahkah kita rasa kebas di kaki atau tangan?


Itu kerana 'cecair merah' tidak sampai ke sesuatu kawasan badan kita, mungkin kerana tindakan fizikal kita telah menghalang aliran darah untuk melalui situ


Contoh :

Kita letak objek berat di lengan hingga aliran darah terhenti, maka nanti lengan kita akan rasa kebas

Atau, kita duduk terlalu lama, menyebabkan tekanan besar menghalang darah untuk melalui kawasan tertentu, akhirnya kebas


Akibatnya, kebas itu menyebabkan kita tak rasa apa2, dan biasanya jika waktu itu kita cucuk kawasan kebas itu dengan jarum, maka kita tak rasa sakit


Kenapa?

Kerana sistem saraf sudah hilang fungsi

Sistem saraf tak tahu kawasan kebas itu juga adalah anggota dalam badan kita



Puncanya?

Kerana darah tak lalu situ

Darah tidak memberitahu kepada sistem saraf bahawa situ juga adalah 'kawasan jajahan' manusia

Sistem komunikasi terjejas kerana darah tidak sampai ke kawasan yang kebas


Dan jika dibiarkan lama, mungkin akan ada sel yang mati kerana kelemasan, tidak cukup gas oksigen, dan gas karbon dioksida yang sudah tepu di situ

Rasa sakit selepas kebas itu adalah kerana asid laktik yang sudah lama terkumpul di kawasan itu, melalui proses anaerobik


Maka, lihatlah pentingnya sistem darah

Semua sistem luar dan dalam ini saling berhubung, supaya manusia kekal hidup secara normal

Jika salah satunya bermasalah, maka mungkin di situlah punca penyakit2 sekarang


Jadi, masing2 perlu bertindak dengan cekap agar manusia itu selamat

Perlu sentiasa bersedia jika diserang virus

Perlu sentiasa waspada akan perubahan persekitaran

Perlu sentiasa berhati2 terhadap jangkitan bakteria

Perlu sentiasa optimumkan sistem metabolisma dalam badan


Jika ada yang buat masalah, maka manusia itu dalam bahaya


Itu baru kita sentuh sistem kulit dan sistem darah

Belum lagi sentuh sistem otak, sistem saraf, sistem imuniti, sistem jantung dan lain2


Mereka wajib berhubung antara satu sama lain, supaya masing2 mampu bertindak normal demi menjaga keselamatan tuan mereka - iaitu manusia


Lantas, muncul persoalan, bagaimana mereka semua berhubung?

Menggunakan handphone? Telepati? SOS?


Banyak caranya, dan salah satunya sistem darah yang dimaklumkan sebelum ini


Jika sistem otak, ada cara lain dalam berhubung, itu termasuk sistem saraf, dengan proses impuls yang pening2

Jika sistem jantung, itu masuk dalam sel2 kardio, dan proses itu lain pula

Jika sistem hormon, itu melibatkan kalenjar2 tertentu untuk memberi arahan bertindak


Neuron (sel otak)


Dan lagi ajaib, walaupun mekanisma sistem2 ini tidak sama, mereka tetap ada agen pertengahan yang menghubungkan perhubungan mereka

Bermaksud, ada sel yang bertugas spesifik dalam menukarkan isyarat berbeza ini supaya semua maklumat berjalan lancar


Seperti pemandu pelancong atau agen penterjemah, begitu juga tugas sel2 ini, mereka bertindak menapis maklumat yang sampai, dan menukarkan isyarat supaya sistem lain faham apa yang disampaikan

Mereka lebih dikenali sebagai sel penghubung, yang bertindak sebagai orang tengah dalam sesuatu urusan

Lihatlah bagaimana cantiknya Allah aturkan sistem dalam badan kita

Dari luaran dan dalaman, segalanya tersusun



Itu belum lagi kita kaitkan perhubungan kita terhadap sistem bumi, dengan lautnya, sungainya, gunungnya, haiwannya dan lain2

Semuanya perlu saling berhubung secara tak langsung


Perhubungan paling ketara, kita sentiasa memijak tanah yang kotor ini


Walaupun kita rasa keji dengan tanah, tetapi hakikatnya satu hari nanti kita tetap akan jadi tanah

Waktu menjadi mayat, kita akan dipersoalkan apakah kita telah laksanakan sebaiknya hubungan kita sesama makhluk Allah semasa kita hidup?



Apa kita buat terhadap manusia lain?

Apa kita buat terhadap sungai?

Apa kita buat terhadap haiwan2?

Apa kita buat terhadap alam amanah Allah ini?



Segalanya akan dipersoalkan, hatta soal sekecil zarah sekalipun



Belajarlah dari sistem2 perhubungan dalam badan kita

Jika mereka gagal berfungsi, nescaya kita mati

Jika bulu roma merajuk, konfem kita mati sejuk

Jika 'cecair merah' itu boikot, habis lah kita kejang selamanya



Oleh itu wahai kawan2 semua



Jagalah hubungan kita terhadap Allah

Jagalah hubungan kita sesama manusia

Jagalah hubungan kita kepada makhluk2 lain



Kita ada akal, kita sahaja harapan untuk menjaga bumi ini elok2


Takkan kita mahu mengharapkan tupai tanah untuk mentadbir dunia ini?



Bersyukurlah kawan2 kerana kita masih hidup

Hargailah setiap hubungan yang Allah berikan sepanjang kita hidup ini kawan2

Sayangi manusia2 lain yang mengukuhkan interaksi kita kepada Allah

Hargai makhluk2 Allah yang menjadikan kita terus hidup sebagai seorang manusia



Kita semua saling memerlukan wahai kawan2

Kita semua saling melengkapi wahai kawan2



Kita semua sama wahai kawai2, tiada makam berbeza

Kecuali amalan yang hanya menjadi rahsia Allah



Kehidupan ini sementara sahaja kawan2

Kehidupan di sana kelak lebih bermakna kawan2



Usahlah kita memutuskan hubungan hanya kerana dunia wahai kawan2

Usahlah kita merosakkan hak makhluk lain kerana kita ada kuasa wahai kawan2



Usahlah kita menghancurkan hubungan kita dengan Allah

Hanya kerana hubungan dunia yang menipu ini

Wahai kawan2



Biarlah hubungan kita semua menuju ke Syurga

Moga berjaya, kawan





Wassalam


Bila mati, kenangan sahaja yang tinggal, kubur sepi sebagai rumah

[.........to be continue.......]

Saturday, 17 December 2011

✿ Barah daging

-----------------CARCINOGENIC PEOPLE, LIVES CANCER---------------



[PART 4]





Assalamualaikum w.b.t.
Pernahkah kita bela kucing? Pernahkah kita lihat kucing?
Pernahkah kucing itu menggesel2 kaki kita ketika meminta makanan?
Dan, pernahkah kita pukul kucing itu kerana rimas dengan bulu kucing?
Dan, apa tindakan kucing itu selepas kena pukul?

Adakah kucing itu cakar kaki kita sebagai membalas pukulan kita?
Adakah kucing itu melakukan serangan balas kame-hame-ha?
Adakah kucing itu melancarkan provokasi kepada manusia itu?
Adakah kucing itu berdendam dan menunggu masa sesuai untuk membalas?

Kucing tak sama dengan manusia
Walaupun dia tidak menyimpan dendam, tetapi kesan sejarah kena pukul itu tetap ada
Mungkin selepas kena pukul, kucing itu mula lari2 dengan manusia yang pernah memukulnya

Berbeza pula situasi jika kita beri makanan kepada kucing tu
Akibatnya, dia setia menunggu kita memberi makanan
Hinggakan adakalanya dia mengejar kita kerana mahukan makanan

Begitulah juga hidup ini, apa sahaja kita buat, baik atau buruk
Tetap akan ada kesannya, sama ada hari ini, ataupun hari mendatang

Begitu juga dalam sel kita, dari sekecil2 sel, segalanya perlukan perancangan rapi
Jika tersilap langkah, binasalah seorang manusia itu

Pernahkah kita lihat bagaimana urusan dalam sel kita?


DNA beauties

Berbalik kepada nota2 sebelum ini,

Perihal kombinasi yang saling melengkapi antara alam sel dan alam DNA
(http://www.facebook.com/note.php?note_id=167342779960062)

Perihal hidup manusia yang tetap berakhir dalam tanah satu hari nanti
(http://www.facebook.com/notes/acho-demi-masa/gadis-cun-dan-tanah/172801136080893)

Dan, perihal sistem perhubungan dalam badan kita yang sangat tersusun dan cekap
(http://www.facebook.com/notes/acho-demi-masa/komunikasi/178049755556031)

Dari situ, kita dapati segala yang tercipta bukanlah sia-sia
Tetapi, supaya kita sama2 memberi satu kesan yang positif atas tindakan kita sendiri
Yang akhirnya memberi perubahan yang baik buat alam ini


Sanggup kita hancurkan anak comel ini kerana tindakan kita sendiri?

Tetapi, itulah lumrah alam, akan ada yang ingkar
Akan ada yang menentang
Akan wujudnya perbalahan
Akan muncul halangan2
Yang menyebabkan terganggu proses2 di alam ini

Sedangkan ramai kita terlupa, dalam sistem sel sendiri mengajar kita agar menjadi fungsi yang sebenar
Dalam sistem DNA sendiri menyaran kita agar sama2 menjaga amanah
Dalam proses kejadian sel sendiri menyuruh kita agar sentiasa turut perintah Allah
Dalam hakikat makhluk dari tanah itu sendiri mengingatkan kita bahawa kita akan mati secara pasti
Dalam sistem komunikasi dalaman badan juga mengajak kita agar menjaga hubungan sesama manusia dan makhluk alam

Persoalannya, kita mahu pilih yang mana?

Adakah kita yang memberi kesan positif buat alam?
Atau kita salah seorang yang menambahcelakakan alam ini?

Kita tidak boleh mengharap 100% manusia semua menurut jalan yang positif
Kerana kisah sirah sendiri sudah mencatatkan akan wujud puak2 yang degil

Tetapi, adakah kita mahu kekal dalam kedegilan kita sendiri?
Atau kita sama2 mengurangkan beban alam yang sudah nazak ini?

Hakikat dalam sel sendiri tidak akan sentiasa sempurna

Akan wujud juga sel yang cacat, dek kurangnya protin dan sumber2 nutrien untuk hidup
Akan wujud juga ketidaknormalan dalam sel, dek kawalatur yang kurang lancar
Akan wujud juga penyakit2 yang pelik, mungkin hasil mutasi atau kurang penekanan terhadap kesihatan diri

Walaupun hakikatnya tidak semua sel yang sentiasa sempurna
Tidak akan ada semua sel yang kekal berfungsi
Akan ada juga protin yang menjadi racun buat protin2 lain seperti kanser

Tetapi, adakalanya terjejasnya sistem sel itu sendiri adalah akibat dari manusia itu sendiri

Sebagai contoh, andainya merokok, sistem paru-paru semakin terhakis
Andainya minum arak, akibatnya sistem darah terganggu
Andainya kerap mengabaikan hak badan, akhirnya sistem dalaman juga terjejas

Kerana persekitaran luar juga main peranan dalam meneruskan kesinambungan proses dalam badan kita


Jika manusia itu sendiri hanya melakukan perkara2 yang dilarang, sudah tentu badannya turut menjadi mangsa
Jika manusia itu cuba menurut perintah Allah, sudah tentu badannya kekal selamat

Dan akibat dari pebuatan mungkar, akhirnya badan sendiri menjadi mangsa
Atau, generasi hadapan menjadi mangsa

Contohnya penggunaan sesetengah dadah, menyebabkan mandul dan kecacatan buat zuriat itu sendiri
Dan juga penggunaan rokok, akibatnya insan sekeliling juga turut merasa kesan bahana asap rokok

Itulah pentingnya kita - seorang manusia - menggunakan akal yang ada dengan waras

Gunalah akal itu untuk mengenal Allah
Gunalah akal itu untuk mengenali dan merubah diri ke arah lebih baik

Kerana ingin mengenal Allah, kita perlu mengenal diri terlebih dahulu
Dan manusia sekeliling menjadi cerminan buat diri kita
Dan makhluk2 lain di sekitar alam ini menjadi hikmah buat diri kita


Hidup ini permainan, yang disulami dengan pelbagai rentak berbeza

Ada yang diuji dengan kesenangan, maka lain caranya
Ada yang diuji dengan kesusahan, maka lain gayanya

Adakah mencari markah permainan dengan bermain cheatmode?
Melakukan pelbagai taktik menipu dan keji hanya untuk mendapat markah tinggi?

Atau mencari markah dengan menurut perintah Allah?
Bermain jujur tetapi dengan strategi yang cantik?

Jadi, berbalik la kepada asal sebab kita dihidupkan

Kenapa kita jadi manusia?
Adakah hanya ingin menambahcelaka kerosakan alam ini?
Sedangkan kita diberi akal untuk menjaga alam ini?
Lantas, apa bezanya kita dengan anai-anai jika kita sendiri yang melakukan kerosakan alam?

Jangan kita menjadi pengkhianat kepada badan kita sendiri
Jangan kita yang jadi pengkhianat kepada agama kita sendiri
Jangan kita jadi pengkhianat kepada bangsa kita sendiri
Dan, jangan kita yang menjadi pengkhianat kepada umat Islam sendiri


Whatever we are, how high we fly, dont forget to bow-down to Him

Jagalah bumi ini elok2

Jangan kerana perbuatan kita sendiri mengundang bala Allah
Jangan kerana kedegilan kita sendiri menyeksa insan2 lain
Jangan kerana kejahatan kita sendiri habis makhluk alam yang jadi mangsa

Jika bukan kita, siapa lagi makhluk lain mahu harapkan?
Jika bukan manusia, siapa lagi tupai tanah mahu harapkan?
Jika bukan orang2 dewasa, siapa lagi kanak2 mahu mengadu?
Jika bukan orang Islam sendiri, siapa lagi harapan umat? 


Adakah lipas mahu mengajar kita? Sedangkan lipas pun mati kena ridsect?

Adakah mahu mengharap kepada cicak untuk menjaga bumi?
Adakah mahu merayu kepada lipas agar menjadi pemimpin kita?
Adakah mahu mengadu kepada iblis yang menjadi musuh kita semua?
Adakah mahu meneguk kasih kepada musuh2 Islam dan puak munafik?

Be the best, among the rest
Lead the rest, among the best

Jadilah manusia yang memanusiakan manusia, bukan menghaiwankan orang lain
Jadilah manusia yang menjadi penawar manusia, bukan menjadi kanser kepada umat
Jadilah manusia yang bersyariat, bukan yang penuh keparat

Akhir kalam,
Selamat tahun baru

Sambutlah dengan hikmah, bukan dengan punah.
Jangan bila mati baru nak menyesal, tatkala badan2 yang lemah hanya menjadi baja di kuburan


Wassalam

[.........to be continue.......]

Monday, 12 December 2011

✿ Bicara perut

-----------------RICE MATTER, HUMAN PADDY---------------

[PART 5]

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan ketika ini ramai yang kelaparan, maka kita berbicara tentang perut

Semua orang pernah makan nasi, dan nasi itu mengenyangkan perut kita yang lapar

Berbicara soal nasi, semua orang kenal nasi. Dari nasi, bermula segala cerita, sama ada baik ataupun buruk.

Jika nasi itu halal, segala sumber halal itu akan masuk ke dalam perut, yang akhirnya menjana sel-sel baru yang juga halal

Jika nasi itu haram, yakni dari sumber yang haram, sama ada melalui rasuah ataupun hasil curi, maka dalam perut itu juga akan dicerna segala sumber yang haram, yang akhirnya menjana sel-sel baru yang mungkin haram.

Halal-haram sel itu adalah soal keberkatan hasil makanan itu buat kesinambungan hidup seterusnya.

Justeru itu, buat para ibubapa khususnya, perkara ini amatlah penting supaya kita tidak memberi anak-anak kita suapan dengan sumber haram. Biarlah sumber itu halal, supaya keberkatan itu berpanjangan dan berterusan.


Katakan taknak kepada rasuah !

Berbicara soal nasi, semua orang perlukan nasi. Khususnya di Negara kita dan asia ini, kebanyakannya lebih mengutamakan nasi sebagai menu harian, selain daripada roti.

Maka, dari sini lah tumbuhnya pencuri, perompak, penyamun, pendidik, penasihat, pemerhati politik, petugas amal, politikus dan segala macam jenis manusia di dunia ini.

Tanpa nasi, maka segala jenis manusia ini akan mati, tidak akan tumbuh, kerana pentingnya nasi untuk pertumbuhan dan perkembangan hidup manusia seharian.


Berbicara soal nasi, semua orang tahu nasi itu dari padi. Setakat ini, pokok durian tidak mampu hasilkan padi, walaupun terkenal dengan duri dan aromanya yang ganas.

Dari padi itulah, kita mendapat beras yang akhirnya menjadi nasi, jika di asia.

Dari DNA yang menyimpan kod padi, bermulalah sintesis sel tumbuhan. Dari sel tumbuhan itu, terbentuklah spesifikasi kepada sel padi. Dari sel padi itu, membentuk organ2 yang khusus untuk membentuk padi. Akhirnya, serumpun tumbuhan bergelar padi dihasilkan.

Berbicara soal padi, ramai makhluk perlukan padi. Jika di sawah, burung dan serangga menjadikan padi sebagai menu utama. Dari padi juga, manusia membela ikan sebagai sumber sampingan untuk menjaga padi dari serangga perosak. Dari padi juga, ular mendapat makanan melalui katak yang hidup di situ. Dari padi juga, burung dapat meragut serangga2 yang terlalai ketika hinggap di rumpun padi.

Dari sebidang sawah padi, membekalkan gas oksigen buat kita semua. Dari sebidang sawah padi, mengekalkan keasidan dan kebesan tanah, untuk makhluk tanah seperti cacing tanah dan cengkerik. Dari sebidang sawah padi, menjadi sumber pekerjaan buat mereka yang mencari sumber rezeki melalui sumber padi. Dari sebidang sawah padi, kejadian banjir dan tanah runtuh berjaya dikurangkan melalui peneguhan kondisi tanah.


Dari pohon padi, pelbagai hidupan bergantung hidup di situ.

Dari pohon padi, kita selamat dari pelbagai kejadian yang tidak diingini.

Berbicara tentang padi, pelbagai jenis beras dihasilkan dari rumpun padi.

Iklim berbeza menghasilkan beras berbeza. Jika di asia, berasnya lebih kepada warna alam, sama ada hitam, hijau, kuning ataupun putih. Tetapi jika di Eropah atau negara beriklim 4 musim, berasnya ada berwarna biru, merah dan jingga.

Iklim berbeza juga menyebabkan kaedah penanaman juga berbeza

Iklim berbeza menyebabkan variasi beras pelbagai dari rumpun padi yang hampir sama

Iklim berbeza menjadikan cara pemakanan juga berbeza, sama ada dijadikan nasi, pulut, ataupun biskut.

Hanya kerana iklim segalanya berubah. Tetapi walaupun begitu, padi tetap menjadi salah satu sumber makanan walaupun dengan variasi berbeza.

Jika di Asia, beras lebih ditanak kepada nasi dek statusnya sebagai makanan ruji, tetapi jika di Eropah, beras sekadar menjadi makanan sampingan sama ada berbentuk pulut ataupun biskut, atau hanya dimakan ketika sambutan perayaan tertentu.

Begitulah serba-sedikit cerita dari padi, yang menghasilkan nasi

Hari-hari kita jumpa nasi, semua orang perlukan nasi, semua makhluk perlukan nasi

Tetapi, pernahkah kita bersyukur?

Mengapa kita masih sombong di Bumi Allah ini?

Mengapa kita masih degil melanggar hukumNya?

Mengapa kita masih ego dengan kejahilan yang tebal?

Kenapa dari semua itu, kita menambahkan kerosakan yang sudah melata di bumi ini?

Kenapa kita menjadi punca kepada kerosakan semua ini?

Sedangkan hakikatnya, kita tetap makan nasi?

Sedangkan hakikatnya, kita tetap sakit perut jika hanya termakan nasi basi?

Sedangkan hakikatnya, kita tetap mati jika tidak makan nasi dalam beberapa hari?



Lihatlah dari padi

Semua manusia perlukan dia

Satu dunia kenali apa itu padi

Tetapi, mereka tetap tunduk menyembah bumi

Kepada siapa padi tunduk?

Sudah tentulah untuk Tuhan kita semua, Allah Maha Kuasa

Padi tunduk kepada kuasa segala kuasa di bumi ini

Kerana mereka tahu, siapa pencipta mereka

Semakin mereka berisi dengan lemak atau protin, mereka semakin tunduk ke tanah

Bak kata pepatah, "Resmi padi, semakin tunduk, semakin?"

Sedangkan kita manusia ini, masih menyombong di bumi ALlah

Sedangkan kita yang makan nasi ini, tetap degil meneruskan maksiat

Sedangkan kita yang tetap lapar ini, masih ego dengan menegakkan kerosakan

Apakah semua ini?

Bila ianya akan berakhir?

Jika kita menjerit sakit hanya terkena api dapur ketika memasak nasi

Tidakkah kita bayangkan betapa sakitnya api Neraka?

Bukankah azab Neraka itu benar?




Ingatlah teman

Jangan bergaduh2 hingga jejaskan alam, kerana kita semua tetap memerlukan nasi utk hidup

Jangan menyesal tika nasi sudah pupus, tiada ertinya kerana waktu itu hanya roti yang tinggal

Belajar dari nasi yang putih, walaupun jika kita makan burger hangus

Belajar dari nasi yang lembut, walaupun jika kita makan biskut keras

Tengok padi, ingat nasi

Jaga hati, ingat mati

Jika tak malu, buatlah apa kita suka

Tetapi Allah sentiasa memerhati



"Life isn's just about what you get, what you have, but it about what you give, for you and them."

Wassalam

[.........to be continue.......]

✿ HY 1 : Darwinism

:: Sains adalah anti-Darwin, anti-atheis ::


SAINS ADALAH MUSUH KEPADA FAHAMAN DARWIN. SAINS MENENTANG FAHAMAN DARWIN. SAINS ANTI-KOMUNIS, ANTI-MARXIS. SAINS MEMUSNAHKAN MARXIS, ATHEIS DAN PEMIKIRAN FAHAMAN DARWIN. Dengan sains juga penipuan fahaman Darwin lumpuh. Sains telah mengalahkan penipuan ahli evolusi yang telah diwar-warkan selama beberapa tahun. Sains telah memusnahkan falsafah golongan atheis. Sains melumpuhkan dan menghancurkan fahaman Darwin ke mana sahaja ia pergi, bila-bila masa sahaja ia menjadi isu semasa dan di mana sahaja ia muncul. Justeru itu, SAINS IALAH ANTI-PAGAN. Sains membanteras pemikiran pagan, fahaman agama yang tahyul, dan ideologi yang palsu. Justeru itu, SAINS ADALAH SATU DARIPADA KESENGSARAAN UNTUK FAHAMAN DARWIN. Mendedahkan fahaman Darwin sebagai salah satu cabang sains adalah satu taktik kotor yang cuba diputarbelitkan ke seluruh dunia. Sistem anti-christ, di mana memerlukan agama baru sebagai langkah untuk membanteras kepercayaan terhadap Allah dari dunia ini (Allah lebih daripada itu), dikenalpasti sebagai cara paling efektif dalam cabang sains saban tahun lalu. Sistem anti-chris menyedari bahawa cara itu boleh menipu manusia, mempengaruhi seluruh dunia dan memenuhi posisi utama di dalam pendidikan dengan menggunakan sains untuk penipuan itu. Hipnosis besar-besaran yang digunakan oleh sistem anti-chris ke seluruh dunia telah berkembang dalam bidang sains.


Sains yang dianggap sebagai rakan telah menghancurkan fahaman Darwin

Ahli Darwin tidak menyangka bahawa sains boleh menyebabkan mereka diselubungi sengsara apabila mereka dengan beraninya terlibat dalam penipuan saintifik. Mereka terkesima apabila mendapati sains hanya untuk orang yang beragama. Mereka terkejut apabila sainstis terkemuka dalam sejarah telah mengisytiharkan kepercayaannya terhadap Allah ke seluruh dunia. Mereka cuba untuk pertahankan kekeliruan sains itu untuk menipu manusia, tetapi mereka sendiri kehilangan punca. Mereka terdiam tanpa sokongan. Mereka melihat dengan mata mereka sendiri bahawa sains telah membantutkan dan memusnahkan fahaman Darwin, Marxis, komunis, materialis, dan ideologi lain. Ahli darwinis mengalami kekalahan terbesar dalam bidang sains. Sains yang dianggap sebagai rakan sebelum ini, telah menghancurkan mereka.

Salah satu kebenaran terbesar yang muncul dengan perkembangan sains dalam era abad ke-21 ialah : Sains hanya untuk mereka yang percaya kepada Allah. Sains berfaedah untuk penganut yang ikhlas. Allah menekankan perihal seekor nyamuk (Surah Al-Baqarah, 26), lebah madu (Surah An-Nahl, 68), bintang yang bergerak di orbit (Surah Adz-Zariyat, 7), kapal-kapal yang bergerak di air (Surah Al-Hajj, 65). Allah menjelaskan tentang daun-daun yang bertukar kepada hijau (Surah Al-An’am, 59) dan 7 lapisan langit (Surah Al-Isra’, 44). Allah menyeru umat untuk menyedari tanda-tanda ini untuk mempercayai Al-Quran. Manusia menyedari keperincian semua sistem ini hanya melalui sains dan kajian.

Itulah sains, yang menerangkan kepada kita bagaimana seekor nyamuk meletakkan hujung muncungnya menggunakan proses narkosis dan struktur molekul bahan itu di mana proses narkosis berlaku. Keajaiban proses fotosintesis dari dedaun hijau, sifat fizikal air yang mengalir membantu pergerakan kapal untuk belayar, dan jasad besar yang tergantung di langit yang tidak pernah hilang keseimbangan (dengan ketentuan Allah), adalah fakta yang ditunjukkan oleh sains. Sains membuktikan segalanya yang ada dalam Al-Quran. Maka, seseorang yang boleh berfikir melalui hati dan mindanya akan terus memahami kewujudan Allah hanya dari satu contoh di dalam Al-Quran. Dengan sebab ini, walaupun hanya dengan contoh seekor nyamuk dalam Al-Quran sudah memadai untuk mendapat kepercayaan tentang Kuasa Maha Besar. Allah mendedahkan ayatNya seperti ini :
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Surah Al-Baqarah, 26)
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Surah Al-Hajj, 73)
Tanda-tanda yang menyebabkan kepercayaan itu adalah pemberian yang ditunjukkan kepada kita melalui sains. Allah menjadikan sains itu sebagai alat untuk membuktikan keagunganNya, kebesaranNya dan kekuasaanNya. Dia adalah Allah, Penguasa kepada semua benda, yang menciptakan sains dan segala penemuan sains.

Ahli darwinis kini dalam kejutan maut. Lebih kepada terkejut dan terpegun, mereka perlu sedari bahawa sains adalah anti-pagan dan anti-darwin. Kejutan itu turut menyakitkan. Ini adalah kesakitan terbesar yang dialami selama 150 tahun. Fakta menjelaskan bahawa siapa yang memahami sains dan siapa yang terlibat dalam sains telah bangun memberontak menentang fahaman Darwin telah menambahkan lagi kesakitan mereka. Fakta sains yang memenuhi agama Islam telah menambahkan lagi kesakitan itu. Dengan demikian, ahli Darwin telah mengumumkan makhluk asing sebagai penyelamat untuk menutup malu mereka. Inilah situasi sistem anti-chris, di mana telah memukau manusia selama 150 tahun lamanya.

Sains mendedahkan kewujudan Kebesaran Allah melalui semua cabang. Abad ke-21 ini akan menjadi abad untuk penemuan ini dan keruntuhan besar fahaman Darwin.

Oct 18, 2010


Sumber : http://us3.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/32738/SCIENCE_IS_ANTI-DARWINIST,_ANTI-ATHEIST

✿ HY 2 : Protin

:: Protein tidak boleh dibentuk kecuali wujudnya sel yang lengkap ::


Fahaman Darwin boleh menulis pelbagai buku menipu dengan pelbagai formula, mengeluarkan banyak fosil palsu yang mereka mahu, menghasilkan pelbagai omongan melalui bukti sains untuk mencabar Tuhan seperti menapis atau menampal poster ke merata tempat, yang penuh dengan illustrasi fantasi dan menunjukkan semuanya sebagai permulaan evolusi, tetapi semua ini tidak akan sesekali mengubah fakta tentang kekalahan dasar pokok mereka. Hal ini kerana igauan paling buruk buat ahli Darwinis ialah tentang soal permulaan kehidupan. Ahli Darwinis TIDAK MAMPU MENGHASILKAN SATU PENJELASAN mengenai bagaimana kewujudan hanya satu protin. Inilah ekspresi terdesak buat mereka, iaitu Dawkins, Futuyma, Tim White dan ahli Darwinis yang lain. Tiada satu pun fahaman mereka ini boleh menyelesaikan persoalan besar tentang penghasilan satu protin. SATU PROTIN SAHAJA SUDAH MEMUSNAHKAN SEMUA DARWINISM.

Satu ciri penting dalam doktrin Darwinis ialah mereka sentiasa cenderung untuk mengurangkan persoalan tentang asal-usul kehidupan kepada konsep yang sangat mudah, daripada menjelaskan semua proses kehidupan yang kompleks, dengan hanya memberi gambaran segalanya dengan sangat mudah. Ini adalah satu sebab timbulnya mitos seperti “Sel berkembang dari air lopak” dan “DNA melakukan replikasi dengan sendiri secara spontan.” Darwinis membayangkan ianya mungkin akan jadi lebih mudah untuk menipu manusia dengan cara ini. Tetapi mereka kini mendapati bahawa cara penipuan sebegitu sudah berlalu. Bukan sahaja manusia kini mengetahui bahawa satu protin itu jauh lebih kompleks untuk dihasilkan secara spontan, malahan mereka juga menyedari bahawa tiada satu pun sama ada protin, DNA, RNA atau komponen lain di dalam sel AKAN BERFUNGSI SEMPURNA DENGAN KETIADAAN SELURUH SEL.

Fakta ini adalah amat penting untuk melumpuhkan Darwinism:
  • DNA adalah penting untuk satu protin terhasil
  • DNA tidak boleh dihasilkan tanpa kehadiran protin
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa DNA
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kewujudan protin lain
  • Enam puluh protin berbeza diperlukan untuk menghasilkan satu protin
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kewujudan salah satu protin ini
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kromosom
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa RNA
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa ATP
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa mitokondria yang menjana ATP
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa nukleus sel
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa sitoplasma
  • Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kehadiran salah satu organel dalam sel
  • Dan protin adalah penting untuk semua organel dalam sel untuk wujud dan berfungsi
  • Tiada protin boleh dihasilkan tanpa kewujudan organel-organel ini

Ini adalah sistem saling-berhubung yang berfungsi secara serentak. Anda tidak boleh ada satu bahagian tanpa kewujudan bahagian lain. Walaupun hanya satu komponen itu ada, tapi ianya tidak akan berfungsi tanpa kewujudan komponen lain.

Ringkasnya,

KESELURUHAN SEL AMAT PENTING UNTUK MENGHASILKAN SATU PROTIN. IANYA ADALAH AMAT MUSTAHIL UNTUK HASILKAN SATU PROTIN TANPA KEWUJUDAN KESELURUHAN SEL, dengan struktur kompleks yang sempurna seperti kita lihat hari ini, tetapi apa yang kita faham hanyalah sebahagian yang sangat kecil.

Walaupun jika protin ini terbentuk secara spontan (walaupun ianya agak mustahil), tetapi protin itu tetap tiada manfaat. Protin itu hanya terhasil dengan sia-sia, hidup sendirian dan akhirnya mati.

Justeru itu, fahaman Dawkin mendakwa bahawa “molekul yang replikasi secara spontan” hanya satu bahan jenaka yang semata-mata untuk menipu. TIADA MOLEKUL DI DALAM SEL MANUSIA YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN UNTUK MELAKUKAN REPLIKASI DENGAN SENDIRI SECARA SPONTAN TANPA BANTUAN MOLEKUL-MOLEKUL LAIN DI DALAM SEL.

Professor Falsafah dari Universiti Cambridge, Stephen C. Meyer memberi penjelasan di dalam buku beliau “The Signature in the Cell”:

Berhubung dengan penjelasan tentang struktur dan fungsi DNA ketika 1950-an dan awal 1960-an, konsep kehidupan yang baru telah muncul secara radikal. Bukan sahaja ahli molekular biologi menemukan bahawa DNA mempunyai banyak informasi, mereka kemudian mula mengesyaki bahawa organisma hidup perlu mempunyai sistem yang memproses maklumat genetik. Seperti sebuah disket yang mempunyai maklumat digital yang tersimpan di dalam disk, ianya tiada fungsi jika tidak ada alatan yang membaca disk, maka maklumat yang terdapat dalam DNA juga tidak bermakna jika tidak ada sistem maklumat-memproses di dalam sel. Seperti nota Richard Lewontin, “Tiada molekul hidup (cth; biomolekul) yang menghasilkan diri sendiri (self-producing). Hanya keseluruhan sel mungkin mempunyai semua mesin yang berguna untuk menjana diri sendiri (self-reproducing). Bukan sahaja DNA tidak boleh menghasilkan salinan mereka sendiri, sama ada dibantu atau tidak, tetapi mereka juga tidak mampu ‘membuat’ apa-apa… Protin-protin sel hanya dibentuk daripada protin-protin lain, dan tanpa kewujudan mesin membentuk-protin, tiada apa yang boleh dihasilkan.

Pernyataan ini sekali lagi mendedahkan ketidak-konsisten dakwaan fahaman Dawkins, iaitu seorang insan yang menukar agama di luar angkasa baru-baru ini. Bumi ialah persekitaran yang sangat ideal untuk kelangsungan hidup sebuah sel hidupan. Tetapi tidak semestinya suasana ideal ini memungkinkan sebuah sel itu terhasil secara spontan. Dawkins telah mencari penjelasan baru untuk menghadapi semua ini dan kini dia sedang mengekalkan bahawa molekul mampu melakukan replikasi dengan spontan di angkasa dan kemudian ianya meneruskan perjalanan ke Bumi. Masalah pertama yang paling ketara ialah tiada molekul hidupan yang boleh terhasil secara spontan. Kedua, seperti yang dicatatkan di atas, tiada molekul hidup yang mampu melakukan replikasi secara spontan, tidak di Bumi. Berhati-hati dengan masalah yang teramat ketara ini, Dawkins akhirnya mengakui bahawa molekul seperti itu dihasilkan oleh kebijaksanaan yang agung.

1 Stephen C. Meyer, The signature in the Cell, Harper One, 2009, p. 132-133

2 Ben Stein, Expelled “No Intelligence Allowed”, 2008, movie

Dec 30, 2009


Sumber : http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/19966/PROTEIN_CANNOT_FORM_UNLESS_THE_CELL_EXISTS_AS_AN_INTEGRAL_WHOLE