Salam 'alaikum...
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian
Ramai di antara yang 'claim' mereka melakukan kerja dakwah
Tapi mereka tidak betul-betul faham konsep dakwah itu sendiri
Sahabat-sahabat sekalian
Dalam berdakwah, kita sentiasa mengharapkan mad'u kita itu diberi hidayah oleh Allah
Tapi sedar atau tidak
Keberkesanan dakwah dan pemberian hidayah oleh Allah itu bergantung pada diri pendakwah itu sendiri
Hubungan si pendakwah dengan Allah harus dijaga terlebih dahulu
Barulah Allah memilih mad'u si pendakwah tadi untuk diberi hidayah
Tetapi ramai di antara kita hari ni
Mengaku menjalankan kerja dakwah di sana sini
Tapi amalan harian (mutabaah) tidak dijaga
Tahajjud dan dhuha tunggang-langgang
Bersosial bukan main lagi
Alasan untuk berdakwah dijadikan pembuka jalan untuk bergaul dengan bukan mahram
Bergaul untuk perkara yang tidak penting
Dosa-dosa kecil yang di buat lama-kelamaan akan menjadi hijab penyampai hidayah
Ada pula yang mengaku melakukan dakwah pena
Menulis artikel, cerpen, novel, sajak
Tapi bukan kerana Allah
Hanya mengharapkan pujian dan 'comments'
Ada yang menyanyi untuk dakwah
Tapi sejauh mana pergaulan dijaga dengan orang lain
Ingatlah wahai sahabat
Marilah kita berubah
Dakwah ini satu tanggungjawab
Janganlah kita meringan-ringankannya
Jujur kata
Saya sendiri pernah merasai bagaimana rasanya apabila orang yang kita nasihati itu seperti terhijab dari hidayah Allah
Tapi bila difikirkan balik
Banyak dosa-dosa kecil yang saya telah buat
Rasa seperti hendak menangis di hadapan Rayyan (salah satu pintu syurga) memohon taubat Allah
Rasa sedih juga kerana hidayah tidak tersampai kepada orang yang kita kasihi
Rasa bimbang tatkala risau hidayah yang sedia ada akan ditarik
Ya Allah
Rapuhnya hambaMu
HambaMu ini malu untuk mengaku melakukan kerja kenabian
ASTAGHFIRULLAH
sumber : http://izzadmat.blogspot.com/2010/10/dakwah.html
No comments:
Post a Comment