Sunday 24 June 2012

✿ Doa

Berdoa kepada Allah adalah terjumlah dari wasilah2 yg paling baik utk seseorang itu berwasilah dengannya memohon Allah Taala menyempurnakan hajatnya dan melegakn kesempitannya sebagaimana Firman-Nya:

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doamu."


Dan dalam Surah AL-Baqarah ayat 186 Allah berfirman:

"Dan apabila hamba2-Ku bertanyamu tentang-Ku maka sesungguhnya Aku dekat.Aku menyahut seruan orang yg berdoa bila ia menyeru kepada-Ku."


Rasulullah SAW Bersabda:

"Doa itu ialah ibadat seraya Baginda membaca ayat 60 dari Surah Al-Mukmin yg bermaksud: Tuhanmu Berfirman:"Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang2 yg menyombongkan diri dari menyembah-Ku ( berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina)."


Sabdanya lagi:

"Tiada seorag Islam di atas muka bumi ini yg berdoa kepada Allah,melainkan Allah mengurniakan kepadanya akan permohonannya itu atau mengelakkan dirinya dari sesuatu keburukkan yg sama seperti yg didoakan itu selagi tidak ia berdoa dengan sesuatu dosa atau untuk memutuskan rahim." (Riwayat At-Tarmizi)


Sabdanya lagi:

"Tiada seorang Islam menghadapkan wajahnya kepada Allah Taala kerana memohon akan sesuatu melainkan diberikan kepadanya,samada disegerakan apa yg dipohon itu atau disimpan baginya untuk hari akhirat,atau dielakkan daripadanya sesuatu keburukkan yg sama seperti apa yg dipohonkan itu,Ujar para sahabat: Kalau banyak permohonan2 itu.....Ujar Baginda:" Kurnia Allah lebih banyak lagi."


Sabdanya lagi:

"Bahawa Allah adalah hidup dan pemurah,malu Ia jika seseorang itu mengangkat kedua tangan kapada-Nya memohon sesuatu,kemudian ditolaknya dengan keadaan hampa."


DOA SESEORANG MUKMIN (untuk mukmin yang lain).

Antara wasilah2 yg direstui dalam Islam,dengannya diangkatkan darjat dan disempurnakan hajat ialah doa seorang mukmin utk saudaranya mukmin yg lain.Dizaman hayat Baginda Rasulullah SAW dahulu biasa para sahabatnya datang mengadap Baginda,memohon supaya Baginda berdoa kepada Allah Taala utk mereka.Rasulullah tunaikan harapan mereka dan doa baginda utk mereka dikabulkan Tuhan.Kerapkali mereka yakni para sahabat bertawassul dgn doa Nabi SAW untuk memohon hujan lalu baginda berdoa dan hujan pun turun sebagaimana yg sabit dalam hadis2 sahih tanpa diragukan lagi....Telah diceritakan dahulu betapa seorang yg rabun matanya dapat balik penglihatannya berkat doa Nabi SAW seolah-olah sebelum itu ia tidak mengalami kecacatan itu.

Begitu juga telah sabit dalam hadis sahih bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda kepada sahabatnya Umar bin Al-Khattab ra yang hendak bertolak menyempurnakan umrah:

"Janganlah lupakan kami.hai saudara,dari doamu." 


Dan dalam satu lafaz lain:

"Sertakan kami bersama,wahai saudara dalam doamu."

Para sahabat selepas wafat Baginda Rasulullah SAW pernah bertawassul dengan doa pamannya Saidina Abbas ra dalam sembahyang memohon tuhan turunkan hujan.Doanya dimustajabkan Tuhan dan diturunkan kepada mereka hujan selepas berlaku sesuatu kemarau yg dasyat.
(Riwayat Al-Bukhari daripada Anas bin Malik ra )


Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berdoa bagi saudaranya semasa ketiadaannya,malaikat yang bersamanya menjawab AMIN ,semoga anda memperolehi sama seperti yang anda doakan itu." ( Riwayat Muslim ).

No comments:

Post a Comment