Friday 3 February 2012

✿ Muhasabah

Setiap dari kita mempunyai MASA KELAM,
Ada zaman XTAHU, 
Ada zaman jauh dari syariat ALLAH..

Namun jangan sekali-kali kau BIMBANG 
pintu keampunan ALLAH sentiasa terbuka..
BERUBAHLAH sahabat sementara masih dikurniakan masa.

Jangan pernah takut dengan ejekan mereka 
Yang punyai PENYAKIT dalam hatinya. 
"alah..macam ko baik sgt dulu, xpayah nak berpura2 lah." 
Biarkan manusia dan insan terus berkata2, 
Pedulikan jelingan n tohmahan mereka. 

Asal kamu TAHU apa yang kamu MAHU...
asal kamu TAHU apa yang kamu INGIN...
asal kamu TAHU apa yang sedang MENANTI...

JANGAN pernah putus asa dari jalan yang telah engkau TEMU! 
JANGAN sekali-kali REBAH dengan jentikan dan pandangan sinis mereka!
Dengan herdikan atau diperlekehkan!
Jangan PERNAH putus asa! rebah 
BANGUNLAH!!!! 

Kerana ALLAH sedang MENTARBIAH 
Agar kita terus menerus TABAH. 
Ketahuilah betapa indahnya JANNAH 
Menanti kehadiranmu duhai mujahadah. 

Manusia tidak akan belajar apa-apa selagi tidak gagal, yakinlah! 
Ada pelangi selepas hujan, 
Ada kedinginan selepas angin kencang, 

Cukuplah Allah sebagai saksi, 
Pentingkanlah pandangan ALLAH dari manusia..
Kerana yang menghitungmu kelak bukan mereka, 
tetapi ALLAHU AZZA WAJALLA... 

(MALU SEBAGAI HAMBA..YANG HANYA PANDAI MEMINTA..TANPA PERNAH MEMBERI APA-APA..)

No comments:

Post a Comment